Sunday, October 9, 2011

BAUCER BUKU RM200 TIDAK BOLEH DITUKAR DENGAN WANG TUNAI

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.


Beliau berkata langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.


"Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka," katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.


Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.


Sumber: BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi