Tuesday, February 2, 2010

GURU DG41 MENJAWAT JAWATAN PENOLONG KANAN?

Untuk makluman, semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Penolong Kanan/Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah Pertama dan mereka telah dikekalkan sebagai Penolong Kanan/Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbang mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Pihak Kementerian sedang berusaha dari masa ke masa untuk memantapkan lagi Profesion Keguruan agar guru-guru dapat berkhidmat dengan gigih untuk membangunkan modal insan anak bangsa bagi kepentingan akan datang. Kesungguhan dan keprihatinan penulis adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18 JANUARI 2010

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi