Tentu anda mengenali dan biasa terlihat
akan pohon semalu ini. Pokok renek ini tentu ada manfaatnya yang tidak
diketahui. Tetapi kita boleh mengambil ikhtibar darinya sepertimana penceritaan
dibawah:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu
amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek;
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan
malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam
untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah
pengajaran dari kisah pohon semalu ini walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang
kecil. Mudah-mudahan kita semua memperolehi kerahmatan hendaknya.
0 comments:
Post a Comment