Kementerian
Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak
RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara
berperingkat bermula 15 Januari depan.
Bahagian
Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran
dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
Menurut
kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu
membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah
yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.
Kementerian
Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama
sekali tidak dibenarkan.
''Tarikh
pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013
kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,''
kata kenyataan itu.
Di
bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib
Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
bagi sesi persekolahan tahun 2013.
Bantuan
ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang
ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Murid
atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara
Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga
Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.
Pada
masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan
antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi
memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan
kewangan.
Pihak
terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100
kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang
ditetapkan.
Selain
JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara
itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan,
menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan
mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke
dalam akaun KWK.
Sekolah
juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai
kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh
bantuan diterima.
Pihak
sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke
atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru
sebagai saksi.
Sekolah
yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah
perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan
sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan
di sekolah baharu nanti.
Bagi
memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut,
sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA
atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.
Pengetua
atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring
daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang
melebihi jumlah RM10,000.
-
Utusan
0 comments:
Post a Comment