Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Video: Nilai Murni Semakin Terhakis Dalam Kehidupan Manusia


Klip video di bawah memaparkan sikap bertanggungjawab si abang yang membantu adiknya melintas parit kecil amat menyentuh perasaan.

Di zaman ledakan ICT  dan kesibukan dengan laman sosial masing-masing, sedikit sebanyak membataskan pergaulan dan kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kalangan manusia. Agak jarang kedapatan ibu bapa yang mengajar nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Tiada lagi tunduk hormat bila melintas di hadapan orang yang lebih tua, tiada lagi rasa ingin membantu orang lain, tiada lagi rasa bersalah bila melihat sampah dibuang merata-rata, dan banyak lagi nilai murni lain yang beransur hilang dalam kehidupan manusia!

Semoga klip video yang dipaparkan ini mendatangkan keinsafan dan amalan nilai-nilai murni dapat terus kekal dalam kehidupan manusia sejagat. Diharap dalam kesibukan kehidupan masa kini, ibu bapa masih mampu menitik beratkan nilai-nilai murni yang baik di kalangan anak-anak mereka.



- YouTube

Thursday, January 10, 2013

Mengesan Telefon Bimbit Yang Hilang

SAN DIEGO: Pada 30 Disember yang lalu, Kenneth Schmidgall telah kehilangan telefon bimbit iphone. Dia telah beberapa kali cuba membuat panggilan ke telefonnya tetapi tiada jawapan. Dengan bantuan rakannya Greg Torkelson, mereka cuba mengesan lelaki yang mencuri telefon bimbitnya.

Dengan bantuan aplikasi Find My iPhone mereka mengesan isyarat dan menghabiskan masa berjam-jam mengesan isyarat tersebut yang datang dari seseorang yang sedang menunggang basikal.

Video di bawah memaparkan pergaduhan setelah dapat mengesan iphone yang hilang.


Torkelson berkata, "Mudah-mudahan kejadian ini memberi pengajaran kepada sesiapa saja yang berniat untuk mencuri telefon bimbit seseorang"

- 10 News
 

Saturday, January 5, 2013

Pelawak Zizan Jadi Ala-Ala Ustaz Azhar Idrus

Semalam merupakan minggu ke-8 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu.

Kumpulan favourite, JOZAN bagaimanapun tampil solo bila Johan masih lagi dirawat akibat pembedahan.

Walaupun Zizan berseorangan, namun ‘auranya’ ternyata tetap kuat apabila lawak jenakanya berjaya membuatkan penonton yang hadir gelak besar dengan aksinya.

Apatah lagi bertanding di ‘kampung’ sendiri.

Malam tadi Zizan muncul dengan imej ala-ala pendakwah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi mungkin, awal-awal persembahannya lagi dia telah memberitahu penonton;

"Nampok macang sama, tapi bukang dia, bukang dia," kata Zizan yang membuatkan penonton ‘pecah perut’.

Zizan juga membawa ‘style’ Ustaz Azhar iaitu sesi soal jawab, cuma dalam lawaknya, Zizan membawa persoalan mengenai kisah rakyat iaitu tentang Batu belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.

Memang lucu habis, apatah lagi dengan dialek Terengganu pekatnya itu. Saksikan video di bawah:


- mynewshub

Thursday, January 3, 2013

Cara Untuk Elak Disaman Polis!

Kadang-kadang apabila ditahan polis, pelbagai alasan diberi apabila hendak dikena saman. Ada pula yang merayu supaya dilepaskan dengan pelbagai gelagat. Video di bawah pula memaparkan seorang yang mengaku pelajar universiti ini menggunakan kemahiran Fizik untuk mengelak disaman polis.


- YouTube


Saturday, December 29, 2012

9 Juta Orang Melihat Persembahan Hebat Ini!

Video di bawah memaparkan seorang pemuda ‘mencari makan’ dengan berbekalkan barangan usang seperti beberapa buah baldi buruk dan sebuah alat penghawa dingin yang telah rosak.

Inilah pemain drum paling menakjubkan yang bermain di Quincy Market, Amerika Syarikat. Quincy Market merupakan sebuah bangunan bersejarah berhampiran Dewan Faneuil di pusat bandar Boston, Massachusetts. Di sinilah pemuda ini tanpa jemu setiap hari membuat persembahannya. Persembahannya telah dimuat naik ke YouTube dan sehingga kini telah dilihat oleh 9 juta orang.

- YouTube


Sunday, December 23, 2012

Casing iPhone dilengkapi Pisau dan Pemutar Skru

Gambar dan video di bawah memaparkan mengenai iPhone cases yang mungkin sesuai untuk mereka yang suka aktiviti luar. Casing ini dilengkapi dengan 16 jenis alatan dan diantaranya adalah pemutar skru bersaiz besar dan kecil, pembaris, pembuka botol, pemotong dawai dan lain-lain lagi.

Casing ini dikenali sebagai Task One yang direka oleh Addison Shelton juga merupakan bekas seorang jurutera Apple. 








  Video memaparkan mengenai iPhone cases

- indiegogo.com/TaskOne


 

Monday, December 17, 2012

Dua ekor kerbau berlawan di tengah kesibukan jalanraya.


Video di bawah memaparkan dua ekor kerbau berlawan antara satu sama lain di tengah-tengah kesibukan jalanraya. Kejadian ini dirakamkan berlaku di daerah Guizhou, China. Tidak diketahui bagaimana kerbau ini boleh terlepas memasuki jalanraya.


Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi