Showing posts with label Institut Aminuddin Baki. Show all posts
Showing posts with label Institut Aminuddin Baki. Show all posts
Sunday, May 4, 2014
Gambar Komensmen NPQEL 2014
TAHNIAH kepada rakan-rakan di atas
penganugerahan sijil dan diploma NPQEL Ambilan 1 dan 2 yang telah diadakan di
Grand Klana Ballroom, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan pada 3 Mei 2014.
Berikut adalah beberapa gambar kenangan
bersama rakan-rakan, semoga perjalanan kita semua dalam meneruskan perjuangan
sebagai pendidik lebih bermotivasi dan menjanjikan harapan yang lebih baik.
Gambar kenangan seterusnya boleh
dilihat dalam Ruangan Galeri atau klik pautan berikut: Gambar Komensmen NPQEL 2104
Sunday, April 13, 2014
Jemputan Majlis Komensmen IAB 2014
Buat
rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
Komensmen IAB, malah terdapat rakan yang menghubungi saya bagi mendapatkan
maklumat tersebut, di sini saya sertakan maklumat yang diterima melalui email
untuk rujukan dan tindakan rakan-rakan.
Sebelum
ini saya ada memasukkan perihal berkaitan majlis komensmen yang akan diadakan
pada 3 Mei 2014 di Klana Resort Seremban Negeri Sembilan. Sila klik di sini - Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013.
Muat
Turun:
Posted in: Institut Aminuddin BakiFriday, April 4, 2014
Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013
Buat rakan-rakan dan semua graduan NPQEL yang tertunggu-tunggu majlis komensmen, berikut adalah catatan emel terkini yang telah dihantar oleh pihak pengurusan Komensmen IAB daripada Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik (Pengurus Bersama);
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada Semua Graduan Komensmen IAB 2014 yang dihormati.
Emel dari pihak kami bertarikh 12 Mac 2014 adalah dirujuk.
Maka,dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa berlaku perubahan tempat untuk Majlis Komensmen. Bersama-sama ini disertakan beberapa maklumat terkini tentang majlis berkaitan untuk rujukan dan makluman bersama.
Tarikh : 2 - 3 Mei 2014
Masa : 8.00 am hingga 6.00 pm
Tempat : Grand Klana Ballroom,
Klana Resort Seremban
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan
(dulu dikenali sebagai Allson Klana Resort)
VVIP : YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan II
Untuk makluman, terdapat 2 sidang untuk majlis ini iaitu Sidang 1 untuk ambilan 1/2013 (sebelah pagi) dan Sidang 2 untuk ambilan 2/2013 (sebelah petang) yang akan melibatkan graduan seramai lebih kurang 997 orang.
Seperti yang telah dimaklumkan, penginapan tidak disediakan untuk graduan serta keluarga, namun demikian JK Penginapan sedang menyenaraikan beberapa nama hotel serta tempat penginapan yang sesuai dalam usaha membantu semua graduan. Senarai nama-nama hotel tersebut akan dinyatakan melalui emel. Namun demikian segala urusan tempahan tempat penginapan hendaklah dibuat sendiri oleh graduan.
Untuk makluman juga, surat jemputan sedang diedarkan ke alamat tempat bertugas masing-masing. Mohon kerjasama semua graduan agar sentiasa memberi perhatian jika terdapat panggilan telefon dari IAB, panggilan yang dibuat biasanya untuk pengesahan alamat bertugas. Surat jemputan ini juga akan dapat dicetak melalui portal rasmi IAB dalam masa terdekat.
Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis yang terkini untuk makluman dan rujukan semua.
Mohon hubungi pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Tahniah dan Selamat berkomensmen.
Muat Turun: Atur Cara Majlis
Seperti yang telah dimaklumkan, penginapan tidak disediakan untuk graduan serta keluarga, namun demikian JK Penginapan sedang menyenaraikan beberapa nama hotel serta tempat penginapan yang sesuai dalam usaha membantu semua graduan. Senarai nama-nama hotel tersebut akan dinyatakan melalui emel. Namun demikian segala urusan tempahan tempat penginapan hendaklah dibuat sendiri oleh graduan.
Untuk makluman juga, surat jemputan sedang diedarkan ke alamat tempat bertugas masing-masing. Mohon kerjasama semua graduan agar sentiasa memberi perhatian jika terdapat panggilan telefon dari IAB, panggilan yang dibuat biasanya untuk pengesahan alamat bertugas. Surat jemputan ini juga akan dapat dicetak melalui portal rasmi IAB dalam masa terdekat.
Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis yang terkini untuk makluman dan rujukan semua.
Mohon hubungi pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Tahniah dan Selamat berkomensmen.
Muat Turun: Atur Cara Majlis
Posted in: Institut Aminuddin BakiFriday, December 6, 2013
Semakan Keputusan NPQEL Ambilan 1 Tahun 2013
Semalam
telah dipos intri Semakan Keputusan Kursus Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) melalui Portal ePangkat (keputusan hanya
memaparkan lulus/gagal sahaja). Untuk makluman peserta juga semakan keputusan
NPQEL khususnya bagi peserta Ambilan 1 Tahun 2013 boleh dilihat melalui
laman Institut Aminuddin Baki atau klik link berikut: Semakan keputusan Program Kelayakan Profesional Pemimpin PendidikanKebangsaan (NPQEL) Untuk Ambilan 1 Tahun 2013
Setelah
mengakses laman tersebut, peserta hanya dikehendaki menaip No. Kad Pengenalan
untuk mengetahui status pencapaian. Dalam keputusan tersebut akan memaparkan; Gred dan CGPA yang diperolehi.
Alhamdulillah Dengan Keputusan Yang Diperolehi.
Tahniah
kepada yang berjaya, usaha anda selama ini telah membuahkan hasil yang
cemerlang.
Posted in: Institut Aminuddin BakiThursday, December 5, 2013
Semakan Keputusan Kursus NPQEL
Untuk
makluman peserta kursus yang telah mengikuti kursus NPQEL, semakan Keputusan Kursus NPQEL boleh dibuat melalui
Portal ePangkat dengan mengaksesnya menggunakakan ID Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing.
Klik Gambar Untuk Akses Ke Portal ePangkat
Setelah
mengakses Portal ePangkat, ikuti langkah berikut:
1.
Klik Modul Semakan
2.
Klik Semakan Pemohon Melalui Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Peserta Kursus)
3.
Kemaskini Maklumat Pegawai
4.
Klik NPQH/NPQEL
Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas
Posted in: Institut Aminuddin BakiWednesday, September 18, 2013
Pengetua Dan Guru Besar Lantikan 2013 Diwajibkan Mempunyai Sijil NPQEL
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai
2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan
oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat
pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan
ini bermakna sesiapa pun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di
sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL.
Maklumat
terkini dari IAB juga memaklumkan bahawa semua pengetua dan guru besar lantikan
2013 juga diwajibkan mempunyai sijil NPQEL sebelum boleh disahkan dalam jawatan
mereka. Justeru itu, pihak IAB telah diminta menyediakan Program NPQEL khas
bagi kumpulan tersebut.
Diwajibkan Mempunyai Sijil NPQEL
(Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Posted in: Institut Aminuddin BakiSaturday, July 6, 2013
KENANGAN SRU3-NPQEL FASA 3
Alhamdulillah.
Tahniah buat rakan-rakan yang telah berjaya menamatkan Kursus NPQEL Ambilan
1/2013 di IAB Cawangan Utara. Semoga segala dapatan kursus yang diperolehi dapat
menambah pengetahuan dan dipraktikkan dalam menjana tugasan sebagai pemimpin
sekolah. Buat semua pensyarah, terima kasih atas bimbingan dan ilmu yang
dicurah.
Video Gambar Kumpulan SRU3-NPQEL Fasa 3
Gambar-gambar kenangan Kursus NPQEL juga boleh dilayari melalui Ruangan GALERI. Terima kasih.
Posted in: Institut Aminuddin BakiSaturday, June 29, 2013
Laporan Akhir Projek Sandaran NPQEL
Susulan dari Projek Penandaarasan, satu
program telah dikenal pasti dan diaplikasikan sebagai projek penambahbaikan di
sekolah sendiri. Alhamdulillah selama lapan minggu mengendalikan Projek Sandaran,
saya telah dapat melaluinya dengan sempurna dan terancang.
Dalam Projek Sandaran ini, dimulai
dengan penerokaan sekolah sendiri. Seterusnya memasuki bahagian kajian keperluan
projek, saya telah fokus kepada masalah gaya pembelajaran guru-murid yang akan
dibuat penambahbaikan. Dalam hal ini, proses pemerhatian, temu bual telah
dibuat bagi menganal pasti keadaan semasa sekolah dan seterusnya keadaan yang
dikehendaki dari projek yang dilaksanakan. Kertas kerja projek penambahbaikan
dihasilkan dan dibentangkan dalam suatu mesyuarat.
Memasuki bahagian perancangan, beberapa
pelan strategik menggunakan analisa SWOT telah digunakan bagi meninjau dari
segi Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman khusus berkaitan projek
penambahbaikan yang akan dilaksanakan. Projek yang berteraskan ICT ini dilihat
mempunyai banyak kekuatan sama ada dari persekitaran dalaman mahu pun luaran.
Malah kemudahan sedia ada seperti makmal komputer, talian internet, e-book
boleh dijana sebaik mungkin sekiranya mempunyai komitmen dari seluruh warga
sekolah.
Setelah mengenal pasti strategi yang
akan diambil, pelaksanaan strategi dimulai dengan mesyuarat, sesi penerangan
kepada murid-murid dan LADAP kepada guru-guru bagi memberi pemahaman terhadap
projek yang dilaksanakan. Seterusnya setelah melalui beberapa proses
pelaksanaan lain, projek ini melalui proses penilaian dan refleksinya.
Gambar Aktiviti LADAP Projek
Sandaran
Saya melihat sesuatu projek yang hendak
dilaksanakan adalah baik sekiranya ia memberi dapatan positif kepada warga
sekolah, tetapi tidak dinafikan masalah ujud apabila pihak pengurusan tidak
memainkan peranan aktif bagi menggerak sesuatu projek itu. Mengharapkan
guru-guru melaksanakannya tanpa pemantauan dan penyertaan sama dari pihak
pengurusan, menjadikan sesuatu projek itu lesu dan tidak bermaya.
Mengimbau kembali semasa berada di
sekolah lama, saya telah melaksanakan suatu projek penambahbaikan di sekolah
tersebut, sambutan diterima dari ibu bapa dan murid-murid amat baik. Tetapi
setelah bertukar, projek tersebut lenyap bersama pertukaran saya. Inilah
masalah utama dalam sesuatu pelaksanaan projek sekiranya sikap pengurusan yang
tidak memainkan peranan aktif dan hanya mengharapkan seseorang guru sahaja yang
mengurusnya. Tiadanya pasukan projek dan kerja sepasukan menjadi sesuatu projek
itu akan berkubur. Dimana silapnya? Sudah pasti puncanya senang dikenal pasti. Sesetengah
pemimpin hanya bergantung atau mengharapkan kepada seseorang, tidak menerapkan
unsur kerja sepasukan yang menjurus kepada masalah tersebut. Justeru itu,
sebagai pemimpin sekolah, sikap kecaknaan yang mendalam perlu ditanam di dalam
diri. Semua pemimpin mengimpikan sekolah dipimpinnya baik tetapi sedarkah
bahawa sekolah yang baik itu, sudah pasti datang dari pengurusan yang baik dan
begitulah sebaliknya.
Posted in: Institut Aminuddin BakiThursday, April 18, 2013
Pengalaman Projek Penandaarasan Di SK Sultan Sulaiman II Kuala Terengganu
Selepas satu minggu tamat dari Projek
Penandaarasan barulah saya berkesempatan menulis pengalaman di SK Sultan
Sulaiman II. Projek Penandaarasan adalah sebahagian keperluan bagi memenuhi
keperluan Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL).
Program Penandaarasan ini bertujuan
mengenal pasti amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan di SK Sultan Sulaiman
II, Kuala Terengganu. Projek ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, perbincangan dan temubual bagi mendapat maklumat berkaitan projek
yang dipilih iaitu Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A.
Populasi projek terdiri daripada seluruh warga sekolah. Sampel pula terdiri
daripada Guru Besar yang merupakan peneraju utama Sekolah Penandaarasan.
Sepanjang projek ini berlangsung catatan mengenai aktiviti Log Harian selama sepuluh hari
persekolahan dilakukan dan mendapat pengesahan pemimpin sekolah. Manakala dalam
Log Kepimpinan memperlihatkan perjalanan pemimpin sekolah yang melibatkan
amalan dan gaya kepimpinan telah dibuat catatan.
Menceritakan tentang pemilihan Sekolah
Penandaarasan, pada peringkat permulaannya saya telah memilih SK Sultan
Sulaiman I tapi oleh kerana terdapat peserta NPQEL perempuan yang berkehendakkan sekolah tersebut (katanya terdapat ramai
kawannya di situ) walaupun saya terlebih dahulu memilihnya, saya terpaksa
mengalah! Bila difikir pula, saya boleh memilih SK Pasir Panjang Kuala
Terengganu (sekolah yang dirasakan baik dari segi pengurusan dan pencapaian) iaitu
merupakan sekolah lama saya (2002 - 2010) tapi merasakan saya pernah mendapat pengalaman di sekolah
tersebut, dirasakan baik kiranya saya ke sekolah lain, sekurang-kurangnya saya
dapat menambah pengetahuan dari pelbagai sekolah.
Di SK Sultan Sulaiman II yang menjadi
Sekolah Penandaarasan ini pula adalah antara sekolah yang popular di Kuala
Terengganu. Jarak sekolah ini dari tempat tinggal saya ialah lebih kurang 25
kilometer. Walaupun saya boleh memilih sekolah yang berhampiran dengan tempat
tinggal tetapi niat utama saya adalah untuk menambah ilmu, lagi pun saya hanya
perlu ke sekolah tersebut selama 2 minggu sahaja. Alhamdulillah, walaupun
sekolah pertama yang dipilih tidak kesampaian tapi di SK Sultan Sulaiman II ini
ada rahmat disebaliknya. Guru Besar di SK Sultan Sulaiman II ini merupakan
Pengerusi MGB Daerah Kuala Terengganu. Melalui pemerhatian saya, beliau seorang
yang “participative dan achievement”, baik dan komited dengan tugasannya. Seorang
lulusan UUM dalam bidang pengurusan, beliau banyak memberi bimbingan dan
berkongsi pengalaman. Di sekolah ini juga saya diberi ruang oleh beliau untuk
berkongsi pengetahuan dalam membantu murid Tahun 6, dengan memberi pendedahan
dan berkongsi pengetahuan berkaitan penambahbaikan yang terdapat dalam pembelajaran
interaktif.
Semasa dua minggu berada di SK Sultan
Sulaiman II ini juga, saya membuat pemerhatian dan temubual terhadap guru-guru.
Terdapat luahan dan pengucapan yang berbau positif mahupun negatif mengenai
pendidikan khususnya mengenai sekolah mereka sendiri. Seterusnya banyak input
yang boleh saya kutip sekadar panduan atau muhasabah diri sendiri sekiranya
diizinkan Allah memegang jawatan sebagai pemimpin sekolah nanti. Saya juga
berkesempatan berbual dengan salah seorang Nazir Persekutuan yang datang
membuat penilaian dan pemantaun di sekolah tersebut. Terdapat beberapa dapatan
yang boleh dikutip bagi memantapkan pengetahuan saya mengenai pengurusan
sekolah. Sepanjang di SK Sultan Sulaiman II ini juga, saya beruntung kerana
banyak aktiviti yang dijalankan dan saya juga berkesempatan menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa UPSR Kali Ke-2 yang dipengerusikan Guru Besar.
Terima kasih kepada En. Mohd Kaman bin
Awang selaku Guru Besar SK Sultan Sulaiman II di atas kerjasama dan sikap
positif yang ditunjukkan. Semoga matlamat membangun dan mengemblengkan warga SK
Sultan Sulaiman II menuju kluster tercapai. Seterusnya dirakamkan penghargaan
juga kepada seluruh warga SK Sultan Sulaiman II. Selamat berjaya dengan motto “Bersama Menggenggam Impian Kluster”.
Gambar-gambar yang dirakam
sepanjang Program Penandaarasan
di SK Sultan Sulaiman II,
Kuala Terengganu
(Klik pada gambar untuk kelihatan lebih besar)
Posted in: Institut Aminuddin BakiFriday, March 1, 2013
Gambar: Kursus NPQEL 2013 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Bermula
17 Februari 2013 bermulalah Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Pertama 2013. Kursus telah dijalankan di tiga tempat
iaitu di IAB Induk Pahang, IAB Cawangan Utara, Kedah dan IAB Cawangan Serawak.
Gambar-gambar
berkaitan kursus NPQEL di IAB Cawangan Utara ini terutamanya bagi Kumpulan SRU3
boleh dilihat melalui RUANGAN GALERI
yang terdapat di dalam blog ini atau mengklik tajuk berikut: GAMBAR AKTIVITI PESERTA KUSUS NPQEL 2013
Posted in: Institut Aminuddin BakiThursday, February 14, 2013
NPQEL Sebagai Prasyarat Pelantikan Pengetua/Guru Besar
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai
2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan
oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi
prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan
ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah
menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain
syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini,
mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati
kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil
atau diploma NPQEL.
Mengapa
kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di
Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang
baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile. Kajian juga menunjukkan pengetua/guru
besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan,
latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang
berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.
Adakah
bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru
besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi
penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?
Data
menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH
sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini
pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada
1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan
Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil
NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.
IAB
akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari
untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing
mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah
masing-masing 40 peserta.
Nama-nama
peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari
ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan
(bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur
(blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan
pentaksiran atau ujian akhir kursus.
Pada
masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian
keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian
sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi
input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.
Posted in: Institut Aminuddin BakiFriday, February 8, 2013
SEMAK KEPUTUSAN AKHIR NPQEL 2013
Setelah
beberapa hari memantau laman Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi mengetahui
status keputusan temuduga Kursus NPQEL, hari ini barulah pihak IAB mengeluar Keputusan Kelayakan Kursus NPQEL
2013 yang boleh disemak di Portal IAB.
Semakan
keputusan kelayakan NPQEL 2013 juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas
telefon mySMS;
Taip :
iabsemaknpqel2013no kad pengenalan
dan hantar ke : 15888
Semakan
segera keputusan temuduga Kursus NPQEL boleh dibuat dengan mengklik link
berikut: SEMAK KEPUTUSAN AKHIR NPQEL 2013.
-
Institut Aminuddin Baki
Posted in: Institut Aminuddin Baki
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.


























