Wednesday, February 24, 2010

CUEPACS BIMBANG PENINGKATAN PENGUASAAN PENJAWAT WANITA

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya, kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita. Ahmad Shah menghujahkan bahawa perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata,
nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, CUEPACS mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain. – Bernama

PELAJAR WAJIB SERTAI SUKAN

BANDAR JENGKA: Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.


Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.


“Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, semalam.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan sudah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.


“Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk

Beliau berkata kajian juga akan dilakukan bagi membolehkan aktiviti sukan di sekolah dijalankan sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan dan tidak hanya bertumpu pada tiga bulan pertama sesi persekolahan seperti mana sekarang.


Kelmarin, Muhyiddin berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan sudah menggariskan lima unsur penting untuk mengembalikan kegemilangan sekolah dalam menghasilkan bakat sukan.


Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noraini Ab Rahman dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. - Bernama



Friday, February 19, 2010

Tuesday, February 16, 2010

Melayu pinggir bahasa sendiri golongan bebal

KUALA LUMPUR: Bebal! Itulah gelaran diberikan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri. Beliau adalah antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja di Hari Pejuang Bahasa ‘152’ yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam. Ahli panel lain termasuk Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Prof Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Malah .......bacaan seterusnya sila klik myMetro | Melayu pinggir bahasa sendiri golongan bebal

Pertingkat kawalan Sekolah

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan di sekolah tidak boleh diambil secara tangkap muat bagi mengelakkan kejadian pencerobohan, mencuri, membakar sekolah dan pergaduhan pelajar yang berlaku sebelum ini berulang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi, berkata kementerian memandang serius kejadian yang berlaku dan berpendapat memang wajar sistem kawalan keselamatan dipertingkatkan terutamanya tahap profesional pengawal yang ....baca seterusnya klik myMetro | Pertingkat kawalan

Thursday, February 4, 2010

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Untuk pembelajaran yang fleksibel, pelajar-pelajar sekolah boleh mendaftar Pembelajaran Interaktif Melalui Internet dengan bayaran hanya RM10 setahun. Bagi mendapat keterangan lanjut sila layari http://www.zoom-a.com .

Muka utama laman website; klik mana-mana butang warna kuning yang terletak di sebelah kanan untuk keterangan lanjut atau berhubung dengan pihak sekolah ditempat anda belajar.


Pengisian yang terdapat di dalam program tersebut.

Selamat mendaftar.

KESALAHAN DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis."

Kesalahan biasa dalam Bahasa Melayu - sila dapatkan daripada rujukan atau BAHAN SEKOLAH

Rujukan:
1. Awang Sariyan. Isu-isu Bahasa Malaysia, m.s. 263. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1984).
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/salahtata.htm/

Tuesday, February 2, 2010

GURU DG41 MENJAWAT JAWATAN PENOLONG KANAN?

Untuk makluman, semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Penolong Kanan/Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah Pertama dan mereka telah dikekalkan sebagai Penolong Kanan/Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbang mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Pihak Kementerian sedang berusaha dari masa ke masa untuk memantapkan lagi Profesion Keguruan agar guru-guru dapat berkhidmat dengan gigih untuk membangunkan modal insan anak bangsa bagi kepentingan akan datang. Kesungguhan dan keprihatinan penulis adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18 JANUARI 2010

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi