Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Tuesday, April 4, 2017
Berjalan Kaki 2 Jam Setiap Pagi Untuk Ke Sekolah
Seperti pelajar-pelajar lain di Pulau Banggi, Kudat,
Sabah, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk
pergi dan pulang sekolah.
Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas
belantara seorang diri.
Kenapa dia tidak berkasut? (berkaki ayam seperti di dalam
gambar)
Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar di sini. Ia
sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah.
Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut,
kebanyakan pelajar di sini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang
perjalanan pergi dan pulang.
Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah.
Saya rasa tiada semangat anak-anak di bandar yang
dapat dibandingkan dengan semangat anak-anak di sini.
Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah
melunturkan semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan
seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah?
Monday, December 19, 2016
Perlunya Membersihkan Fikiran
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini?
Menutupi telapak tangan saja mungkin juga sulit.
Tapi kalau daun kecil ini menempel atau melekat di mata kita, maka
tertutuplah bumi.
Begitu juga bila diri kita ditutupi pikiran buruk sekecil apapun, maka kita
akan melihat keburukan di mana-mana.
Bahkan bumi ini pun akan tampak buruk.
Jangan pernah menutup mata kita, walau hanya dengan daun yang kecil.
Jangan menutupi diri kita dengan sebuah fikiran buruk, walau hanya seujung
kuku.
Bila diri kita tertutup, maka tertutuplah semua.
Air yang banyak di lautan luas yang dalam takkan pernah menenggelamkan
sebuah perahu kecil yang ada di atasnya, kecuali kalau air itu mulai masuk ke
dalam perahu.
Demikian juga dengan hidup ini; gosip, fitnah dan segala penilaian negatif
akan selalu ada di sekeliling kita.
Namun semuanya itu takkan sanggup menenggelamkan kita, kecuali kita membiarkan
semua itu masuk ke dalam fikiran kita.
Menjaga fikiran itu bukanlah tanggung jawab orang lain, melainkan adalah
tanggung jawab kita masing-masing.
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain untuk setiap masalah yang hadir
dalam hidup kita bila kita sendiri tidak bertanggung jawab, karena sudah
membiarkan “sampah” masuk dan mengotori hidup kita.
Kita harus menyaring apapun yang masuk melalui fikiran kita sebagai pintu
gerbangnya. Bila fikiran kita BAIK, maka akan terasa nyaman hidup kita. Insyaallah
semoga kita sentiasa diberikan kebaikan olehNya.
Posted in: MotivasiMonday, January 18, 2016
Gambar-Gambar Yang Memberi Motivasi
Gambar atau foto boleh menimbulkan
banyak erti bagi yang dapat menikmatinya, baik menunjukan suatu ekspresi dan
seni maupun memberi makna tersirat, berikut beberapa foto yang boleh dijadikan
motivasi hidup, yang memberikan nilai untuk tidak pernah menyerah atau putus
asa akan suatu keadaan dan dapat berfikir positif dalam menjalani kehidupan,
selamat menikmati dan merenungi. Semoga bermanfaat.
Rancang sebelum melaksana sesuatu, agar kita tidak
buntu untuk menyiapkannya.
Dalam hidup, kita harus dapat mencari kesukaan dari hanya memikir akan kesulitan.
Dalam hidup ini, setiap orang memerlukan sahabat, seperti di dalam gambar ini. Ketika kamu susah, maka aku akan menjadi penolong. Ketika aku susah, dia akan menjadi pnolong. Syukur kalau dapat sahabat sebegini.
Harus terima kenyataan, kamu tidak boleh puaskan hati semua orang.
Kadangkala hidup ini ringan atau
berat, bergantung dari jalan yang
kamu pilih.
Kadangkala, yang menghulurkan tangan belum tentu benar-benar ingin menolongmu.
Mungkin suatu hari, kamu merasa hari itu terberat buat
dirimu, tetapi mungkin boleh jadi ia adalah hari penghasilan terbesar buat dirimu.
Pantang menyerah,
jika dapat bertahan sedikit lagi pasti berhasil.
Tanpa tindakan, maka sikap malas akan tertanam dalam diri.
Tanpa impian, maka kejatuhan akan berakar dalam diri. Semakin lama, akarnya
semakin mendalam. Sampai suatu hari hendak berdiri pun sangat susah.
Untuk bekerjasama, kita harus melepaskan ego dan saling menghormati.
Baru lah kita sama-sama menikmati hasilnya.
Walaupun mempunyai banyak sumber, tidak penting kalau tak
tahu cara menggunakannya, dan
selamanya kamu tidak akan pernah merasa cukup.
Posted in: MotivasiTuesday, June 2, 2015
20 Tips Pembelajaran Yang Berkesan
Pelajar yang mengamalkan cara belajar
yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang
belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua
puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia
peperiksaan.
1 – Tidak mensia-siakan masa
Seorang pelajar yang cemerlang
menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta
sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan
objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
2 – Membawa buku ke mana sahaja anda pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap
ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan
diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh
dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya
belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk
mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal
pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat
yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut
dengan azam untuk berjaya.
4 – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat
nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa
yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa
ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan
menjadi lebih mudah.
5 – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang
anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.
Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka
sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap
hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda
peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu
mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
6 – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa
untuk menjawab contoh-contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya
dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya.
Pelajar yang hanya tumpu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang
kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus
diulang sebanyak yang mampu. Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang
telah dibaca/dibuat, biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.
Semakin banyak anda membaca atau ulangkaji, semakin tinggi keyakinan diri anda
untuk lulus dengan cemerlang.
8 – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna
setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah
faham, anda masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan
anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai
orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
9 – Berikan tumpuan pada pelajaran/tajuk yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris
atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih
mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka.
Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol
dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham,
tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10 – Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu
belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat
seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana
tolong-menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
11 – Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada
adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti
yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk
mereka, semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa
yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
12 – Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun
peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini
akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam
akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Banyakkan
masa ulangkaji setiap hari.
13 – Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan
pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak
sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa,
pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang
akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan, dapatkan tuisyen atau
bantuan guru.
14 – Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan bayangkan
apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang
hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda
kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama
keluarga? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan
keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan
sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik
dan berkualiti.
15 – Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan
mengganggu tumpuan waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda, “saya
tidak relakan masa depan saya tergadai oleh hal yang remeh-temeh.” Sebaik
pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas. Layankan semua
gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh mainkan muzik untuk menjadikan
suasana belajar lebih menyeronokkan (jika sesuai).
16 – Rancangkan jadual ulangkaji
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan
peperiksaan. Sebulan sebelum peperiksaan, anda perlu siap ulangkaji. Pastikan
setiap tajuk dibaca/diulangkaji, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan
dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika
anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkan
pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini
sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang,
pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari
tersebut.
17 – Belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau
kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji.
Kadang-kadang, kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.
Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda.
Beritahu diri anda, “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas
saya kerana saya seorang yang tahan lasak dan bersemangat.”
18 – Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan
anda tidak suka belajar, anda perlu berani berkata “tidak” dan menolak mereka
dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda
tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan
merosakkan masa depan sendiri.
19 – Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana
tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah.
Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam
keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti
akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan
berhenti.
20 – Terokai bakat dan minat
anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan,
peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat
dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan
dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada
keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan,
peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong
kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna
pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai
hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan - Belajar adalah suatu seni.
Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda
mempunyai beberapa kekurangan. Semoga catatan ini menguatkan ikhtizam anda
untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran. Selamat maju
jaya.
Posted in: MotivasiMonday, September 15, 2014
Rahsia Dapat “A” Dalam Peperiksaan
Dewasa ini ramai ibu bapa yang sangat
mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan. Ia merupakan satu
petanda yang bagus kerana ini menunjukkan ibu-bapa di zaman ini sangat
mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, disamping keputusan
cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak
kita juga turut cemerlang.
Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz
Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah
Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar
biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan
cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan tapi juga dalam hidup hanya dengan
menukar SIKAP beliau.
Sekarang heboh soalan UPSR dah banyak
bocor. Kata orang, soalan ‘ganti’ selalunya lebih sukar. Saya tak pasti. Tapi
yg saya pasti ialah :
Jangan risau sangat jika anak tak dapat
A dlm UPSR, tapi kita perlu lebih risau jika mereka tak dapat A dalam sikap.
Maksudnya begini : saya sering melihat,
kejayaan hidup sebenarnya bukan atas faktor ‘pintar’ semata tetapi atas faktor
sikap. Kata psikologi, bukan IQ tapi EQ.
Saya bahkan tidak segan mengaku satu rahsia
di sini, sebenarnya saya pelajar ‘biasa’. Bukan ‘cream student’ yg otaknya gred
A, bagi apa sahaja dia terus hafal / faham.
No. Saya ni lembab sikit. Dulu ketika
menghafaz, ada rakan yg boleh hafaz satu mukasurat dalam masa 10 minit, saya
pula ambil masa rata-rata 45 minit. Maknanya lembab 4 kali ganda.Tapi akhirnya
dia gagal hafaz keseluruhan Quran sementara saya Alhamdulillah, ketika itu
setahun lebih cepat khatam dari waktu yg diberikan.
Apa rahsianya? SIKAP.
Saya berikan contoh di sini. Ketika SPM
saya amat jahil matematik. ‘Math moden’ itu pun saya anggap sukarnya seperti
‘Add math’. Markah asyik 30 sahaja. Kalau dapat 45 rasa macam dapat 95! Cikgu
matematik punya risau sampai masukkan saya bersama beberapa rakan lain dalam
kelas ‘emergency’. Matematiknya nazak!
Itu tahapnya. Dalam pada sama, saya
cemburu dengan seorang rakan yang markahnya asyik 90 ke atas sahaja. Saya
perlahan-lahan belajar darinya, cuba korek rahsia.
Memang mulanya susah nak faham. Tapi
saya perlu buat latihan 10 kali ganda. Jika dia buat latihan 2 buku hingga 10
malam selama sebulan, saya perlu buat latihan 20 buku hingga 2 pagi selama 3
bulan!
Itu yang saya lakukan. Formulanya
begini : dah tahu ‘otak lembab’, gandakan usaha.
Alhamdulillah sungguh tak sangka bila
SPM keluar, hasilnya dapat A1 ! Ia saya anggap ’10 perkara ajaib yg berlaku
seumur hidup’. Cikgu matematik pun ternganga macam tak percaya.
Tapi itulah rezeki. Dan Tuhan akan beri
apa yg kita mahu jika kita yang mulakan dahulu. Ubah sikap. Saya belajar bahawa
kejayaan boleh datang dgn sikap yang betul walaupun otak anda taklah ‘cream’
sangat.
Sikap seperti sanggup bekerja keras,
kuat berdoa, yakin padaNya, tidak mudah menyerah kalah, be humble untuk belajar
dengan orang lain dan bersyukur atas sekecil nikmat.
Saya percaya jika sikap ini ditanam
kepada anak kita, jangan risau walau apapun keputusan UPSR nya, dia tetap anak
terbaik anda kerana sikapnya ‘A’.
Bila sikapnya ‘A’, yakinlah walau
apapun ‘peperiksaan’ yang dilalui, dia tetap akan dapat ‘A’ juga.
‘A’ permanent. Ia bermula dari kualiti
sikap. Sikap terhadap Tuhan, diri dan orang lain.
Posted in: MotivasiMonday, June 2, 2014
Pemimpin 360 Darjah: 9 Prinsip Memimpin Ke Atas
Adakalanya seseorang itu mampu memimpin mereka yang sebaya tetapi gagal
berinteraksi dengan kumpulan yang lebih tua atau senior darinya. Adakalanya
juga seseorang itu hebat memimpin golongan bawahan, tetapi tidak dapat mengarah
mereka yang sebaya apatah lagi yang lebih atas dan senior. Ada juga hebat
memimpin tetapi ‘buat perangai’ bila dipimpin.
Berikut digariskan ringkasan 9 Prinsip Memimpin Ke Atas (memimpin ketua) dipetik
dari Pemimpin 360 darjah sesuai untuk kebanyakan pemimpin yang bukan sahaja
berada di pertengahan malahan semua pemimpun kerana setiap pemimpin ada
pemimpin yang lebih tinggi kedudukan daraipadanya.
1. Pimpin diri sendiri dengan baik; – urus emosi, masa, keutamaaan, tenaga,
fikiran, ucapan, kehidupan peribadi
2. Ringankan beban ketua; – buktikan kita pemain berpasukan –
tunjukkan rasa terima kasih kerana kita dlm pasukan – jadikan kita sebahagian
yang besar – tonjolkan peranan kita – tingkatkan nilai dan pengaruh kita –
sempurnakan dahulu kerja kita dengan baik – beritahu apa yang dia perlu dengar
bukan apa yang dia mahu dengar – pertahankan dia apabila ada peluang – ambil
tempatnya apabila diperlukan sahaja – bertanya bagaimana kita dapat bantu.
3. Sanggup lakukan apa yang orang tak mahu; – lakukan tugas yang sukar –
bayar harga yang sewajarnya – bekerja tanpa diketahui orang – berjaya mengurus
orang cerewet – sanggup mengambil risiko – berani mengaku salah tanpa dolak
dalik – melakukan lebih daripada yang diharapkan – orang pertama menghulur
bantuan – sedia buat kerja yang bukan kerja kita – rela bertanggungjawab atas tanggungjawab
orang lain.
4. Jangan urus sahaja, tapi pimpin; – berfikir jangka panjang – nampak
gambaran yang lebih besar – meluaskan kawasan pandangan – mengutamakan perkara
yang tersirat – belajar bergantung kepada gerak hati – melihat orang lain sebagai
ejen perubahan.
5. Memupuk hubungan yang serasi; – periksa nadi pemimpin – ketahui
keutamaannya – raikan minatnya – sokong visinya – kaitkan minatnya dengan minat
kita – fahami personalitinya – dapatkan kepercayaannya – belajar bekerjasama dengan
kelemahannya – hormati keluarganya.
6. Sentiasa bersedia bila berdepan bos; – melabur sebanyak 10 kali ganda –
jangan biarkan dia berfikir untuk kita – sentiasa bawa sesuatu ke meja – bila
diminta bercakap jangan temberang – pelajari bahasa badannya – bincang perkara
pokok – beri pulangan kepada pelaburannya.
7. Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah, anda perlu mendesak
bila jawapan kepada soalan berikut ialah ‘ya’ – adakah saya tahu dia tak tahu tapi
perlu tahu – adakah masa sudah suntuk – adakah tanggungjawab saya dalam bahaya
– bolehkah saya bantu dia menang. Anda perlu mengalah bila jawapan kepada
soalan berikut ialah ‘ya’ – adakah saya mempromosi agenda peribadi – sudahkah saya
jelaskan pandangan saya – perlukah semua orang kecuali saya ambil risiko –
adakah persekitaran berkata tidak – adakah masa sesuai hanya untuk saya –
adakah permintaan saya melampaui batas.
8. Menjadi orang harapan; –
dapat siapkan kerja dalam keadaan tertekan – dapat siapkan kerja dengan sumber
terhad – memberi hasil walau momentum rendah – memberi hasil walau beban
bertambah – memberi hasil walau pemimpin tiada – memberi hasil walau masa
terhad.
9. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam; – semakin kita hebat semakin
ramai orang mendengar kata-kata kita – semakin kita baik semakin tinggi nilai
kita – semakin kita bagus semakin cerah potensi kita.
Dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, selepas kewafatan baginda berlaku 2 majlis
yang amat penting. Majlis pertama ialah pengkebumian nabi yang dihadiri
majoriti oleh sabahat-sahabat dari kalangan Muhajirin (Muslim yang berhijrah
dari Mekah ke Madinah). Majlis kedua ialah mesyuarat tergempar di Dewan Bani
Sa’idah membincangkan siapakah bakal pengganti nabi untuk menyambung tugas
urusan ummah yang dihadiri oleh para Ansar (penduduk asal Madinah yang menerima
dan membantu para Muhajirin). Kedua-dua majlis itu berlaku serentak.
Tatkala para sahabat di majlis pengkebumian nabi menyedari akan majlis di
Dewan Bani Sa’idah, maka mereka dengan segera bergegas ke dewan tersebut
sekaligus meninggalkan Aisyah menguruskan jenazah nabi untuk tujuan
pengkebumian. Diringkas cerita, setibanya mereka di mesyuarat yang dianjurkan
oleh para Ansar, setelah perbincagan dan perdebatan maka diangkat Saidina Abu
Bakar sebagai pengganti nabi seterus bertindak sebagai Khalifah ummah.
Saya sengaja menceritakan kisah di atas sebagai menjelaskan betapa isu
kepemimpinan amat dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai Muslim, kita
tidak boleh ‘main-main’ samada bila memilih pemimpin mahupun bila dipilih
menjadi pemimpin.
Justeru, tidak salah untuk kita semua meningkatkan kualiti kepemimpinan
yang kita ada demi kepentingan ummah dan kesejahteraan dunia. Tidak salah juga
kita memetik manfaat dari buku-buku Barat selagi mana ia tidak menggugat
kepercayaan kita pada Allah dan Rasul-Nya.
Posted in: MotivasiMonday, February 24, 2014
Guru Tak Boleh Paksa Pelajar

Ketika
penulis bersekolah dulu, antara perkara paling menjemukan ialah ‘dipaksa’ guru
menyelesaikan kerja sekolah.
Penulis
beranggapan, kerja sekolah dibekalkan guru cukup membebankan serta menjadi
penghalang untuk menikmati kebebasan hidup sebagai pelajar.
Namun
kerana tiada pilihan, penulis terpaksa menggagahkan diri, apatah lagi apabila
mengenangkan hayunan rotan sebagai ‘hadiah’ jika gagal menyiapkan tugasan.
Sehingga kini, walaupun zaman persekolahan sudah lama berlalu, isu kerja sekolah yang menjadi mimpi ngeri generasi sezaman penulis tidak pernah selesai.
Sehingga kini, walaupun zaman persekolahan sudah lama berlalu, isu kerja sekolah yang menjadi mimpi ngeri generasi sezaman penulis tidak pernah selesai.
Kerja
sekolah masih dianggap membebankan pelajar manakala bagi pihak guru, kerja
sekolah dianggap satu kemestian.
Dolak-dalik
mengenai kerja sekolah yang tidak pernah selesai ini akhirnya mengundang
konflik dan polemik dunia pendidikan negara.
Benarkah
tidak menyiapkan kerja sekolah itu satu kesalahan besar bagi pelajar?
Ketua
Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah berkata,
pelaksanaan kerja sekolah oleh pelajar seharusnya dilihat dari pelbagai
perspektif bagi mengelak salah faham banyak pihak.
Beliau
berkata, kerja sekolah memang sinonim dengan pelajar, namun ia juga boleh
ditafsirkan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan guru bagi kebaikan
golongan sasaran (pelajar).
“Definisi
kerja sekolah itu sendiri boleh membawa pelbagai maksud iaitu dari sudut
positif atau negatif bergantung kepada perkara utama yang disasarkan.
“Misalnya
dari sudut negatif, kerja sekolah nampak membebankan namun dari sudut positif,
ia boleh dijadikan pemangkin bagi memperkukuh dan memperbaiki kelemahan
pelajar.
“Pelbagai
penafsiran boleh diberikan mengenai kepentingan kerja sekolah kepada pelajar
mengikut kriteria keperluan. Cuma jangan sampai mengganggu dan menimbulkan
konflik lain,” katanya.
Beliau
berkata, keperluan melaksanakan kerja sekolah tertakluk dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan guru sejak 10 tahun
lalu.
“Menerusi
surat pekeliling pada 2004 itu, kerja sekolah adalah satu tuntutan yang perlu
diberikan kepada pelajar sebagai salah satu cara pengukuhan atau memperkayakan
pemahaman pelajar.
“Selain
itu, ia turut menyasarkan objektif lain seperti meneruskan kesinambungan
pembelajaran di kelas, mengisi masa senggang pelajar dan meningkatkan
kemahiran melalui latihan pemulihan.
“Jika
melihat pada objektifnya, kerja sekolah memang penting kerana ia dilaksanakan
bukan atas dasar ‘mendera’ golongan itu,” katanya.
Namun,
walaupun kerja sekolah satu keutamaan yang perlu diberikan kepada pelajar, guru
tidak boleh memaksa atau menggunakan bentuk fizikal seperti rotan.
“Jika
menggunakan hukuman seperti itu, ia salah dan lari daripada matlamat sebenar
pelaksanaan kerja sekolah itu.
“Hukuman
berbentuk fizikal, apatah lagi melampaui batas tidak dibenarkan walau apa jua
alasannya kerana ia di luar batas norma sistem pendidikan,” katanya yang tidak
menolak kemungkinan pelaksanaan ‘hukuman’ dilakukan kerana kurangnya maklumat
guru atau sekolah mengenai polisi kerja sekolah.
“Dalam
modul pengajian, bagi bakal guru, tiada modul khusus disediakan sebagai garis
panduan untuk mereka melaksanakan pemberian tugasan kerja sekolah kepada
pelajar.
“Yang
banyak ditekankan ialah mengenai etika dan cara pembelajaran, namun terlepas
pandang aspek keperluan etika kerja sekolah.
“Kekurangan
maklumat atau pendedahan sebagai garis panduan itulah mewujudkan isu tidak
diingini mengenai kerja sekolah,” katanya.
Ditanya
pandangannya, adakah satu kesalahan besar jika pelajar enggan membuat kerja
sekolah, beliau berkata, ia bukan kesalahan serius yang memerlukan mereka
diberi hukuman keterlaluan.
Menurutnya,
tidak menyiapkan kerja sekolah bukan satu kesalahan disiplin dari sudut sistem
pendidikan normal, namun ketegasan perlu ada supaya pelajar sedar bahawa
membuat kerja sekolah itu ada kebaikannya.
“Saya
tidak kata tangan guru terikat dalam isu ini sebab memberi kerja sekolah juga
sebahagian cara membantu pelajar memperbaiki prestasi mereka.
“Kebolehan
pelajar yang berbeza memerlukan satu mekanisme digunakan bagi meningkatkan
pencapaian.
“Melalui
kerja sekolah, pelajar yang lemah boleh dibantu untuk meningkatkan pencapaian
mereka,” katanya.
Namun
jika pelajar enggan atau tidak mampu menyiapkan kerja sekolah, beliau berkata,
guru boleh bertegas dan mencari punca mengapa mereka gagal melaksanakan tugasan
yang diberikan.
“Adalah
melanggar hak pelajar jika guru terus memberikan hukuman tanpa mencari punca pelajar
gagal menyiapkan kerja sekolah diberikan.
“Mungkin
ada penyebabnya seperti kekangan masa, keletihan, kurangnya kefahaman dan
sebagainya. Guru perlu menyelidik sebelum bertindak ke fasa seterusnya.
“Tidak
adil jika terus memberikan hukuman. Tidak kira sama ada guru atau pelajar,
jangan jadikan isu kerja sekolah sebagai satu konflik besar,” katanya.
Ditanya
adakah jika guru bersikap ‘tidak apa’ terhadap pelajar yang enggan membuat
kerja sekolah seperti memanjakan golongan itu, beliau berkata, ini bukan soal
manja atau tidak sebaliknya menjurus kepada sikap toleransi.
“Tanggungjawab
guru adalah memberi kerja sekolah dan memastikan pelajar membuatnya.
“Namun
jika pelajar enggan, guru tidak boleh dipersalahkan kerana bidang kuasa mereka
ada hadnya.
“Dalam
hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah. Ibu bapa
tidak boleh lepas tangan dan meletakkan kesalahan pada guru,” katanya.
Beliau
berharap agar pertikaian mengenai kerja sekolah tidak berpanjangan hingga
mengganggu banyak aspek lain.
“Yang
menjadi keutamaan ialah melahirkan pelajar berjaya, seimbang serta mampu
menjadi generasi boleh dibanggakan.
“Wujudkan
keharmonian dalam sistem pendidikan dan jauhi konflik,” katanya.
-
Hmetro
Posted in: MotivasiSunday, February 23, 2014
Alkisah Seorang Budak Nakal
SEORANG
pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah.
Amin
suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak
cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata
cikgunya.
Selepas
tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar,
tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.
“Saya
tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.
“Saya
tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.
“Jangan
pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.
“Tak
apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.
Semua
menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Koh berkata, “Ustaz
fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak
tahan, ustaz tukar dengan saya.”
“Takkan
budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.
Malangnya,
perbualan guru-guru itu telah didengari Amin.
Amin
berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih
hebat!”
Sesi
persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.
Ustaz
Ismail mengaturkan Amin duduk di barisan depan kelas.
Amin
cuba buat perangai, tapi Ustaz Ismail tetiba bersuara…
“Saya
nak cadangkan seorang pelajar untuk jadi ketua kelas. Dia ini keputusan tak
berapa baik. Akan tetapi, dia pandai bergurau. Jika dia jadi ketua kelas, sudah
tentu kita dapat senyum tiap-tiap hari,” kata Ustaz Ismail sambil menunjuk
kepada Amin.
Para
pelajar kelas Ustaz Ismail terus terdiam dan berbisik sesama sendiri.
“Orang
macam dia pun, Ustaz pilih jadi Ketua Kelas? Ustaz tahu ke dia terkenal sebagai
pelajar ternakal di sekolah.”
Amin
yang muka kemerahan kerana segan hendak menolak tawaran, tapi Ustaz Ismail
tidak memberi peluang…
“Jadi
ketua kelas bukan lihat pada keputusan sahaja. Yang paling penting dia boleh
jadi contoh kepada pelajar lain. Saya percaya Amin boleh melakukannya dan dia
amat berpotensi. Apa kata kita beri dia satu peluang?”
“Baik
ustaz,” jawab para pelajar.
Kata-kata
ini menyebabkan Amin terasa malu dan segan sehingga muka bertambah merah.
Akhirnya,
Amin menjadi ketua kelas.
Besok
harinya, apabila masuk ke kelas, pelajar mendapati Amin sudah berada di tempat
duduknya dan tidak mengacau pelajar lain ketika Ustaz Ismail mengajar.
“Amin
sudah tak buat perangai dan kacau orang?” tanya seorang pelajar bernama Zul
yang selalu dibuli Amin.
“Saya
ketua kelas. Saya perlu jadi contoh pada orang lain,” jawab Amin.
Apabila
melihat Amin menumpukan perhatian di dalam kelas, seorang pelajar lain Jannah
bertanya pada Amin, “Mengapa Amin tak perlekehkan ustaz seperti biasa sehingga
cikgu menghalau Amin keluar?”
“Saya
ketua kelas. Saya perlu jadi rajin dan bagus keputusan barulah orang lain boleh
terima saya sebagai Ketua Kelas dengan hati terbuka ,” jawab Amin.
Peperiksaan
menjelang dan keputusannya, Amin melonjak dari tangga terakhir di sekolah ke
tangga ke 15.
“Dia
meniru ke ustaz?” tanya Tuan Kassim pada Ustaz Ismail.
“Berdasarkan
ketekunan dia, saya rasa keputusan ini benar. Ini memang hasil dia,” jawab
Ustaz Ismail.
“Ustaz
Ismail memang hebat,” kata Cikgu Koh.
“Apa
yang Ustaz buat kat dia?” tanya Puan Halimah.
“Dia
nakal sebab ego nak perhatian. Saya bagilah dia dapat perhatian secukupnya
sebagai ketua kelas. Kerana egonya, maka dia memaksa dia menjadi baik supaya
orang tak kata dia tak layak jadi ketua kelas,” jawab Ustaz Ismail sambil
tersenyum.
Wahai
anakku,
Semua
yang dicipta ALLAH ada hikmahnya jika digunakan dengan betul.
Najis
binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak
menyenangkan pandangan.
Jika
ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak
pokok yang berbuah.
Begitu
juga dengan kamu wahai anak kesayanganku, apakah kamu sedang menggunaan segala
pemberian ALLAH (badan, minda dan jiwa kamu) dengan betul dan selayaknya? Atau
kamu sedang membusukkannya.
Posted in: Motivasi
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.



















