Adakalanya seseorang itu mampu memimpin mereka yang sebaya tetapi gagal
berinteraksi dengan kumpulan yang lebih tua atau senior darinya. Adakalanya
juga seseorang itu hebat memimpin golongan bawahan, tetapi tidak dapat mengarah
mereka yang sebaya apatah lagi yang lebih atas dan senior. Ada juga hebat
memimpin tetapi ‘buat perangai’ bila dipimpin.
Berikut digariskan ringkasan 9 Prinsip Memimpin Ke Atas (memimpin ketua) dipetik
dari Pemimpin 360 darjah sesuai untuk kebanyakan pemimpin yang bukan sahaja
berada di pertengahan malahan semua pemimpun kerana setiap pemimpin ada
pemimpin yang lebih tinggi kedudukan daraipadanya.
1. Pimpin diri sendiri dengan baik; – urus emosi, masa, keutamaaan, tenaga,
fikiran, ucapan, kehidupan peribadi
2. Ringankan beban ketua; – buktikan kita pemain berpasukan –
tunjukkan rasa terima kasih kerana kita dlm pasukan – jadikan kita sebahagian
yang besar – tonjolkan peranan kita – tingkatkan nilai dan pengaruh kita –
sempurnakan dahulu kerja kita dengan baik – beritahu apa yang dia perlu dengar
bukan apa yang dia mahu dengar – pertahankan dia apabila ada peluang – ambil
tempatnya apabila diperlukan sahaja – bertanya bagaimana kita dapat bantu.
3. Sanggup lakukan apa yang orang tak mahu; – lakukan tugas yang sukar –
bayar harga yang sewajarnya – bekerja tanpa diketahui orang – berjaya mengurus
orang cerewet – sanggup mengambil risiko – berani mengaku salah tanpa dolak
dalik – melakukan lebih daripada yang diharapkan – orang pertama menghulur
bantuan – sedia buat kerja yang bukan kerja kita – rela bertanggungjawab atas tanggungjawab
orang lain.
4. Jangan urus sahaja, tapi pimpin; – berfikir jangka panjang – nampak
gambaran yang lebih besar – meluaskan kawasan pandangan – mengutamakan perkara
yang tersirat – belajar bergantung kepada gerak hati – melihat orang lain sebagai
ejen perubahan.
5. Memupuk hubungan yang serasi; – periksa nadi pemimpin – ketahui
keutamaannya – raikan minatnya – sokong visinya – kaitkan minatnya dengan minat
kita – fahami personalitinya – dapatkan kepercayaannya – belajar bekerjasama dengan
kelemahannya – hormati keluarganya.
6. Sentiasa bersedia bila berdepan bos; – melabur sebanyak 10 kali ganda –
jangan biarkan dia berfikir untuk kita – sentiasa bawa sesuatu ke meja – bila
diminta bercakap jangan temberang – pelajari bahasa badannya – bincang perkara
pokok – beri pulangan kepada pelaburannya.
7. Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah, anda perlu mendesak
bila jawapan kepada soalan berikut ialah ‘ya’ – adakah saya tahu dia tak tahu tapi
perlu tahu – adakah masa sudah suntuk – adakah tanggungjawab saya dalam bahaya
– bolehkah saya bantu dia menang. Anda perlu mengalah bila jawapan kepada
soalan berikut ialah ‘ya’ – adakah saya mempromosi agenda peribadi – sudahkah saya
jelaskan pandangan saya – perlukah semua orang kecuali saya ambil risiko –
adakah persekitaran berkata tidak – adakah masa sesuai hanya untuk saya –
adakah permintaan saya melampaui batas.
8. Menjadi orang harapan; –
dapat siapkan kerja dalam keadaan tertekan – dapat siapkan kerja dengan sumber
terhad – memberi hasil walau momentum rendah – memberi hasil walau beban
bertambah – memberi hasil walau pemimpin tiada – memberi hasil walau masa
terhad.
9. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam; – semakin kita hebat semakin
ramai orang mendengar kata-kata kita – semakin kita baik semakin tinggi nilai
kita – semakin kita bagus semakin cerah potensi kita.
Dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, selepas kewafatan baginda berlaku 2 majlis
yang amat penting. Majlis pertama ialah pengkebumian nabi yang dihadiri
majoriti oleh sabahat-sahabat dari kalangan Muhajirin (Muslim yang berhijrah
dari Mekah ke Madinah). Majlis kedua ialah mesyuarat tergempar di Dewan Bani
Sa’idah membincangkan siapakah bakal pengganti nabi untuk menyambung tugas
urusan ummah yang dihadiri oleh para Ansar (penduduk asal Madinah yang menerima
dan membantu para Muhajirin). Kedua-dua majlis itu berlaku serentak.
Tatkala para sahabat di majlis pengkebumian nabi menyedari akan majlis di
Dewan Bani Sa’idah, maka mereka dengan segera bergegas ke dewan tersebut
sekaligus meninggalkan Aisyah menguruskan jenazah nabi untuk tujuan
pengkebumian. Diringkas cerita, setibanya mereka di mesyuarat yang dianjurkan
oleh para Ansar, setelah perbincagan dan perdebatan maka diangkat Saidina Abu
Bakar sebagai pengganti nabi seterus bertindak sebagai Khalifah ummah.
Saya sengaja menceritakan kisah di atas sebagai menjelaskan betapa isu
kepemimpinan amat dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai Muslim, kita
tidak boleh ‘main-main’ samada bila memilih pemimpin mahupun bila dipilih
menjadi pemimpin.
Justeru, tidak salah untuk kita semua meningkatkan kualiti kepemimpinan
yang kita ada demi kepentingan ummah dan kesejahteraan dunia. Tidak salah juga
kita memetik manfaat dari buku-buku Barat selagi mana ia tidak menggugat
kepercayaan kita pada Allah dan Rasul-Nya.
0 comments:
Post a Comment