Showing posts with label Perkhidmatan Awam. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan Awam. Show all posts
Monday, December 9, 2013
Gaji Permulaan Tinggi Untuk Penjawat Awam PHD Dan Sarjana
Kerajaan
akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk
penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan
Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut
termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai
penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan
diplomatik.
Bagi
pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya
memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut
menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
"Ini
adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai
pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.
kepada
soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari
ini.
Teks
jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas
kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat
PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.
Selain
itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak
bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.
"Pegawai
yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu
jawatan kenaikan pangkat.
"Sebagai
contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan
Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil
kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki,"
katanya.
Najib
berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada
keseluruhan kriteria kecemerlangan.
-
Astro Awani
Saturday, November 2, 2013
Penjawat Awam Terlibat 81 Skim Akan Terima Surat Opsyen Bulan Ini
Lebih
600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang
ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan
ini.
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata mereka perlu
memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan
oleh ketua jabatan masing-masing.
Menurutnya
perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian
terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan
diadakan secepat mungkin.
Bercakap
pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim
itu di sini Jumaat, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan
opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
"Antara
penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10
kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama
beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.
Mohamad
Zabidi berkata penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat
awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Berikutan
penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim
perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1
Jan 2014.
Sebelum
ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan sekerja yang terlibat
dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam,
Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum
penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
Sementara
itu Omar berkata skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang
ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
"Untuk
skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.
-
BERNAMA
Posted in: Perkhidmatan AwamMonday, October 28, 2013
Pekeliling Tambah Baik Perkhidmatan Awam Dikeluar
Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81
skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan
bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan
gred jawatan.
Beliau,
yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan
kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat
akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua
skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.
Kita
bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua
setiausaha," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan
serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
Persidangan
itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang
Johari Tun Openg sebagai mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di
sini, semalam.
Ali
berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan
baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai
peringkat mulai bulan depan.
-
Bernama
Posted in: Perkhidmatan AwamWednesday, July 24, 2013
Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam
Datuk
Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500
sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana
Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000
pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya
pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu
masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya
dalam kenyataan di ibu negara, Rabu.
Di
samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama,
kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji
yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing
yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib
berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan
pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem
Saraan Transformatif.
Katanya,
pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta
penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah
ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima
faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun
ini," katanya.
Najib
berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan
Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara guna membantu meringankan beban
kewangan sebagai persiapan hari raya.
-
BERNAMA
Posted in: Perkhidmatan AwamFriday, March 15, 2013
Pekeliling Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum
Selaras
dengan hasrat bagi meningkatkan produktiviti kerja penjawat awam, Kerajaan
bersetuju menambah baik struktur JGMM bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan
Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah SSM
2012.
Pekeliling
perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai
penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Muat
turun pekeliling berkaitan di sini : PekelilingPerkhidmatan Bil. 2/2013
Posted in: Perkhidmatan AwamFriday, December 28, 2012
Penjawat awam bakal dapat 'perlindungan'
KUALA
LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan
sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan
Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima
kerajaan.
Pengerusi
suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19
cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.
Jelas
beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam
yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.
"Kajian
ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan,
namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini.
"Walau
bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah
menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada
Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif
dan holistik perkhidmatan awam negara.
Suruhanjaya
tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam
bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan
kerajaan.
Dalam
pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah
Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut
telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.
Jelas
beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara
penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.
"Laporan
kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada
mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian.
"Apa
yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat
sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji,"
katanya
-
Utusan
Posted in: Perkhidmatan Awam
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.







