Mikko
Lagerstedt merupakan seorang jurugambar dari Finland telah mengambil gambar
pemandangan suasana berkabus sebelum beliau mengubahnya menggunakan Photoshop
dan Lightroom.
Siri
gambar yang dipanggil Infinity ini
menimbulkan kesan seram dan misteri yang menakjubkan. Jika anda tidak kisah,
sila lihat gambar-gambar karya Mikko Lagerstedt di bawah:
Suasana paya yang sepi dan kelihatan bayangan orang.
Tanah lapang berpagar yang diselubungi kabus.
Suasana jambatan yang sepi dengan pancaran cahaya bulan yang
samar.
Jalan lurus kelam dan kelihatan seseorang melaluinya.
Suasana seseorang mengemudikan perahu di tasik dan di belakangnya
kelihatan samar-samar rumah usang.
Keseorangan melalui jalan sepi disaluti kabus.
Suasana seseorang di atas sebuah perahu di tasik yang kelam.
Melalui lorong gelap dan cahaya menyinari malam kelihatan di
hujung jalan.
-
MIKKOLAGERSTEDT
Anda
minat lukisan potret? Mungkin ramai tidak percaya apabila melihat gambar
lukisan yang ditunjukkan ini. Lukisan aliran seni Photorealism ini hampir tidak
dapat dibezakan dengan gambar sebenar.
Lukisan
ini dihasilkan oleh Diego Fazio, iaitu seorang pelukis dari Itali. Menurut
sumber, kemahiran ini dipelajarinya sendiri. Pada 2011 beliau pernah memenangi
Artis Baru Terbaik di Itali. Diego
Fazio mulai kariernya sebagai seorang artis tatu tetapi kini dia mulai bergiat
aktif dalam melukis gambar potret seperti dibawah ini.
-
diegokoi.deviantart
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.