Dewasa ini ramai ibu bapa yang sangat
mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan. Ia merupakan satu
petanda yang bagus kerana ini menunjukkan ibu-bapa di zaman ini sangat
mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, disamping keputusan
cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak
kita juga turut cemerlang.
Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz
Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah
Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar
biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan
cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan tapi juga dalam hidup hanya dengan
menukar SIKAP beliau.
Sekarang heboh soalan UPSR dah banyak
bocor. Kata orang, soalan ‘ganti’ selalunya lebih sukar. Saya tak pasti. Tapi
yg saya pasti ialah :
Jangan risau sangat jika anak tak dapat
A dlm UPSR, tapi kita perlu lebih risau jika mereka tak dapat A dalam sikap.
Maksudnya begini : saya sering melihat,
kejayaan hidup sebenarnya bukan atas faktor ‘pintar’ semata tetapi atas faktor
sikap. Kata psikologi, bukan IQ tapi EQ.
Saya bahkan tidak segan mengaku satu rahsia
di sini, sebenarnya saya pelajar ‘biasa’. Bukan ‘cream student’ yg otaknya gred
A, bagi apa sahaja dia terus hafal / faham.
No. Saya ni lembab sikit. Dulu ketika
menghafaz, ada rakan yg boleh hafaz satu mukasurat dalam masa 10 minit, saya
pula ambil masa rata-rata 45 minit. Maknanya lembab 4 kali ganda.Tapi akhirnya
dia gagal hafaz keseluruhan Quran sementara saya Alhamdulillah, ketika itu
setahun lebih cepat khatam dari waktu yg diberikan.
Apa rahsianya? SIKAP.
Saya berikan contoh di sini. Ketika SPM
saya amat jahil matematik. ‘Math moden’ itu pun saya anggap sukarnya seperti
‘Add math’. Markah asyik 30 sahaja. Kalau dapat 45 rasa macam dapat 95! Cikgu
matematik punya risau sampai masukkan saya bersama beberapa rakan lain dalam
kelas ‘emergency’. Matematiknya nazak!
Itu tahapnya. Dalam pada sama, saya
cemburu dengan seorang rakan yang markahnya asyik 90 ke atas sahaja. Saya
perlahan-lahan belajar darinya, cuba korek rahsia.
Memang mulanya susah nak faham. Tapi
saya perlu buat latihan 10 kali ganda. Jika dia buat latihan 2 buku hingga 10
malam selama sebulan, saya perlu buat latihan 20 buku hingga 2 pagi selama 3
bulan!
Itu yang saya lakukan. Formulanya
begini : dah tahu ‘otak lembab’, gandakan usaha.
Alhamdulillah sungguh tak sangka bila
SPM keluar, hasilnya dapat A1 ! Ia saya anggap ’10 perkara ajaib yg berlaku
seumur hidup’. Cikgu matematik pun ternganga macam tak percaya.
Tapi itulah rezeki. Dan Tuhan akan beri
apa yg kita mahu jika kita yang mulakan dahulu. Ubah sikap. Saya belajar bahawa
kejayaan boleh datang dgn sikap yang betul walaupun otak anda taklah ‘cream’
sangat.
Sikap seperti sanggup bekerja keras,
kuat berdoa, yakin padaNya, tidak mudah menyerah kalah, be humble untuk belajar
dengan orang lain dan bersyukur atas sekecil nikmat.
Saya percaya jika sikap ini ditanam
kepada anak kita, jangan risau walau apapun keputusan UPSR nya, dia tetap anak
terbaik anda kerana sikapnya ‘A’.
Bila sikapnya ‘A’, yakinlah walau
apapun ‘peperiksaan’ yang dilalui, dia tetap akan dapat ‘A’ juga.
‘A’ permanent. Ia bermula dari kualiti
sikap. Sikap terhadap Tuhan, diri dan orang lain.
0 comments:
Post a Comment