1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di
sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan
sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar
termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung
sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas
Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling
penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling
jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat
Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi.
4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku
Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam
pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981.
Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di
Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid
ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan
menjadi antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini
adalah mercu tanda negara mereka.
6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India
Terletak di Bhopal, India, masjid ini
adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan
sebagai sekolah agama.
7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
Dahulu, masjid ini adalah masjid
Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini
dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah
pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah
pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.
8) Masjid Sultan, Singapura
Terletak di Muscat Street dan North
Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak
berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960
dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai
monumen kebangsaan.
9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan
Ia masjid terbesar di selatan timur dan
selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia
merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan
II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi
pada 1990-an.
10) Masjid Qol Shariff, Rusia
Ia adalah salah satu masjid terkenal di
Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.
0 comments:
Post a Comment