Thursday, September 25, 2014

Perlu Pendekatan Baharu PdP Subjek Agama Islam

Guru perlu memikirkan semula pendekatan baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama bagi subjek agama Islam bagi menarik minat dan meninggalkan kesan positif kepada sikap serta rohani pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata guru juga harus sentiasa membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan diri, mengkaji perubahan luar serta kehendak dan nilai masyarakat yang sentiasa berubah.

"Perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam memerlukan guru untuk melihat kembali amalan bilik darjah yang sesuai serta relevan dengan ciri-ciri dan situasi baharu pelajar serta melengkapkan diri dengan strategi PdP di dalam bilik darjah," katanya pada majlis penutup Multaqa (perhimpunan) Pengetua dan Guru Besar Institut Pendidikan Agama (IPA) di Kajang hari ini.

Beliau berkata proses PdP yang bersifat tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasikan masa hadapan dan bersifat dinamik.

Langkah itu perlu untuk mendorong murid belajar, bersikap intuitif, terlibat secara langsung dan mencabar daya keintelektualan, yang hasilnya akan dapat memartabatkan agama Islam itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi, katanya.


Bernama

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi