Kementerian
Pendidikan perlu merangka pelan kontingensi termasuk menyediakan beberapa set
soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan.
Pengerusi
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin
berkata, selain mengelak kebocoran, tindakan menyediakan beberapa set soalan
akan membolehkan murid menduduki semula ujian tanpa perlu menunggu masa lama.
Menurutnya,
di bawah perancangan itu, kertas soalan akan disediakan oleh beberapa panel
guru selain dicetak oleh pencetak yang berlainan.
Menurutnya,
hanya Pengarah Pendidikan yang akan membuat keputusan pada saat akhir set
soalan yang akan digunakan untuk ujian sebenarnya dan sekiranya berlaku
kebocoran, hanya beliau yang perlu dipertanggungjawabkan.
“Saya
terkejut kerana pihak kementerian tidak pernah ada sebarang pelan kontingensi
untuk menghadapi kebocoran soalan seperti ini walaupun ini bukan pertama kali
berlaku.
“Ini
tidak adil untuk ibu bapa dan murid. Bayangkanlah nasib murid yang baru berusia
12 tahun terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak pasti seperti ini,”
katanya.
Mengulas
mengenai tindakan menggantung Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi Lembaga
Peperiksaan, Chee Kin berkata, tindakan itu adalah tidak adil memandangkan isu ini masih dalam siasatan.
Menurutnya,
menyalahkan satu pihak adalah tidak adil kerana keseluruhan proses penyediaan
soalan melibatkan banyak pihak.
0 comments:
Post a Comment