Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai
2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan
oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi
prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan
ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah
menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain
syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini,
mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati
kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil
atau diploma NPQEL.
Mengapa
kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di
Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang
baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile. Kajian juga menunjukkan pengetua/guru
besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan,
latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang
berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.
Adakah
bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru
besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi
penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?
Data
menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH
sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini
pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada
1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan
Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil
NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.
IAB
akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari
untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing
mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah
masing-masing 40 peserta.
Nama-nama
peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari
ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan
(bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur
(blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan
pentaksiran atau ujian akhir kursus.
Pada
masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian
keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian
sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi
input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.
0 comments:
Post a Comment