KUALA
LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli
Paat meninggal dunia akibat deman panas Rabu malam.
Azli,
seorang pakar dalam bidang teknoloji maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn
Bhd, berusia 46 tahun.
Anak
kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir
di rumahnya di Bukit Segambut di sini kira-kira pukul 7 malam.
Allahyarham
meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad
Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, Khamis pagi.
Azli
merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan
organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau
juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat
bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau
juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi
panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit
Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel
penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah,
seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat
bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya,
Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
Pada
majlis Anugerah Teknoloji Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun
lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
-
BERNAMA
P/S: Suatu ketika dulu saya suka mengikuti siaran ICT bersama
Azli Paat. Banyak ilmu yang dapat dikutip dari siaran radio tersebut. Takziah
buat keluarga Allahyarham.
0 comments:
Post a Comment