Monday, February 4, 2013

Nilai Murni Perlu Seiring Dengan Kecemerlangan Pelajaran

KUALA LUMPUR: Nilai-nilai murni seperti menghormati ibu bapa, menjaga kebersihan dan harta awam perlu diterap dalam diri pelajar seiring dengan kepentingan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sikap itu perlu disemai sejak usia muda supaya menjadi sebahagian daripada jati diri pelajar.

"Pelajaran merupakan asas kepada kecemerlangan individu manakala nilai murni ini sebagai sokongan yang memungkinkan kemampuan untuk melahirkan generasi berkualiti," katanya pada majlis penyampaian anugerah cemerlang peringkat Parlimen Lembah Pantai di sini.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi