MOSCOW:
Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan
mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950
orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.
Kejadian
luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk
apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang
menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para
pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan,
amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.
Kementerian
kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke
hospital.
Tingkap
hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak
kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah,
hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.
Dalam
perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka
kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail
yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada
mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.
Di
bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
-
dailymail
0 comments:
Post a Comment