ALOR
SETAR: Guru harus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk terus
meningkatkan tahap serta kualiti pendidikan ke arah merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Timbalan
Perdana Menteri berkata guru juga harus mempunyai semangat patriotisme,
profesionalisme dan mempunyai iltizam yang tinggi sehingga ke peringkat
persaraan wajib dalam menjana modal insan negara yang berkualiti.
"Hakikatnya
untuk tempoh 12 tahun akan datang, guru sebagai ejen pelaksana utama perlu
berada di tahap siap siaga yang tinggi berlandaskan komitmen, kesungguhan dan
kesediaan untuk bekerja dengan tekun dan ikhlas untuk membina negara bangsa yang
maju.
"Dalam
konteks yang lain, para guru perlu bersedia mengubah cara bekerja yang lebih
efektif dan tersusun. Guru muda harus mengambil peluang menimba pengalaman
daripada guru-guru senior supaya lebih cekap dan kalau boleh lebih baik
lagi," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung di sini hari ini.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran berkata setiap warga pendidik khususnya guru muda
juga harus memikirkan dan memastikan bahawa setiap tindakan yang dilakukan
selari dengan matlamat ditetapkan dalam dasar pendidikan negara.
Katanya
dalam 100 hari pertama tahun ini, empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sedang dilaksanakan melibatkan bimbingan
untuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik; menilai
lebih 70,000 guru opsyen Bahasa Inggeris melalui Ujian Penempatan Cambridge
(CPT); mengaktifkan penglibatan ibu bapa dan melancarkan e-video tentang amalan
pengajaran cemerlang di bilik darjah.
"Di
samping empat inisitif itu, kementerian tidak mengenepikan inisitif yang harus
dicapai dalam gelombang pertama untuk 2013 ini, khususnya dalam usaha
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, yang ini akan dilaksanakan untuk
murid-murid seluruh negara," katanya.
Beliau
berkata isu seperti rungutan dan keluh kesah dalam kalangan warga pendidik
khususnya guru muda dalam menghadapi cabaran profesion perguruan juga harus
dielakkan.
Katanya
warga pendidik perlu dilihat sentiasa sempurna di hadapan anak didik walaupun
mereka hakikatnya hanyalah manusia biasa.
"Usaha
untuk merealisasikan agenda transformasi pendidikan negara ini amat memerlukan
kerjasama yang padu, pemikiran yang inovatif dan kreatif dan tindakan yang utuh
daripada kalangan warga pendidikan secara menyeluruh dan tidak seorang pun
warga pendidik tertinggal untuk menggalas peranan utama untuk
menjayakannya," kata Muhyiddin.
Muhyiddin
berkata kerajaan sedar bahawa sesuatu sistem memerlukan tempoh agak panjang
untuk mencapai matlamat dan melihat hasilnya.
Katanya
di negara-negara berjaya proses tranformasi pendidikan untuk meningkatkan
kualiti ke tahap terbaik mengambil masa 20 hingga 25 tahun.
"Jika
kita tidak bergerak sekarang, sampai bilapun tak capai tahap yang kita impikan.
Satu langkah yang berani, tegas dan pantas, mentransformasi sistem pendidikan
ke satu arah lebih baik harus dilakukan sekarang.
"Apa
yang dirancang tidak akan berjaya jika peringkat pelaksana tidak memainkan
peranan dan memikul bersama tanggungjawab itu," katanya.
-
BERNAMA
1 comments:
Very energetic article, I loved that bit. Will there be a part 2?
My blog post ... kostenlos spiele spielen
Post a Comment