KUALA
LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan
bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan
sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk,
semalam.
Tindakan
ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada
kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi
berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang
baru memulakan sesi pembelajaran.
Sumber
polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah
mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.
“Biarpun
insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru
mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar
terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.
Click
Here
Menurutnya,
letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak
dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi
kejadian.
“Dalam
kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit
kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi
letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok
berlainan,” katanya.
Sumber
itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan
kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas
bangunan berkenaan.
Menurutnya,
bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima
anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit
kemudian.
“Anggota
polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan
suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada
kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.
Menurutnya,
seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar
lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan
motosikal yang diletakkan di luar sekolah.
Sehubungan
itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika
dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.
“Siasatan
awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk
untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan
motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya
menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar
insiden berkenaan.
“Jika
hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan,
tindakan tegas akan diambil,” katanya.
-
myMetro
0 comments:
Post a Comment