CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata
Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos
televisyen membakar kepalanya.
Berasal dari Chico, California, Wayne
Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun,
doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam
Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih
menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan
sekumpulan ahli silap mata. Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu
dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos
jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga
Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa
digunakan dalam upacara Santeria. Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis
di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini
bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan
jenayah.
“Tindakan pantas anggota silap mata
lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan
ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher,
muka dan tangan kanan,” katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan
kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut
Houchin.
Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV
itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar.
Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan
Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu
dalam tempoh beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di
televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.
Hocuhin berkata: “Republik Dominica
adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat
hebat.
“Sokongan, kasih sayang dan dukungan
diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan
peminat sangat mengujakan. Terima kasih,” katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah
mengupah peguam di Republik Dominica. - DM
0 comments:
Post a Comment