Majlis
Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2012 akan diadakan pada hari Rabu, 19
Disember 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon
boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam
10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk
makluman, peperiksaan bertulis PMR 2012 telah berlangsung pada 9, 10, 11, 15
dan 16 Oktober 2012. Seramai
481,424 orang calon telah menduduki PMR
pada tahun ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Kementerian
Pelajaran Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR
melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 19
Disember 2012 dan akan ditamatkan pada 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012.
Lihat
gambar di atas (Klik untuk kelihatan besar) untuk cara
penghantaran SMS.
- Lembaga Peperiksaan
KPM
0 comments:
Post a Comment