KUALA
LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap
untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat
menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha
Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga
dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap
gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
"Awal
tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji
maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka
tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara
itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini
merupakan cadangan yang baik.
Beliau
berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea
serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang
kreatif dan inovatif.
"Tetapi,
untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang
betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh
berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar,"
katanya.
-
Bernama
0 comments:
Post a Comment