Saturday, December 8, 2012

Banduan Tersangkut Ketika Larikan Diri Dari Penjara

BRAZIL – Hasrat Rafael Valadao seorang banduan yang ditahan di penjara Ceres, Brazil untuk melarikan diri dari penjara dengan membuat lubang pada dinding penjaranya tidak berjaya.

Banduan ini tersilap perhitungan dimana lubang yang dibuatnya tidak cukup besar bagi dia meloloskan diri. Badan gempal Rafael yang sudah pun keluar dari dinding penjara tetapi pinggangnya pula tersepit pada lubang tersebut dan dia tidak dapat bergerak sama sekali.

 
Perbuatannya itu akhirnya dapat dikesan warder penjara. Sebaik mereka tiba di sel kurungan, mereka tidak terus membantu Rafael. Sebaliknya mereka mentertawakan banduan itu atas kegagalan usahanya melarikan diri itu.

Rafael ditempatkan di sebuah sel bersama tiga orang tahanan lain. Seorang tahanan yang lebih kurus berjaya melarikan diri. Sementara dua lagi tahanan lainnya pula tergendala setelah Rafael tersepit di lubang tersebut.

Pasukan penyelamat kemudian tiba pada jam 2.00 pagi untuk 'membebaskan' Rafael yang memiliki berat badan 101 kg. Dia kemudian dibawa ke hospital di bawah kawalan ketat polis.

"Dia (Rafael) berteriak kesakitan ketika pasukan penyelamat tiba. Dia nampaknya tidak mengambil kira ukuran perutnya," kata seorang jurucakap polis.

- abc News

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi