Seorang anggota polis New York menjadi
terkenal selepas gambarnya memberikan sepasang kasut but kepada seorang
gelandangan tersebar di internet. Pemuda berusia 25 tahun dan bertugas di
bahagian anti-pengganas ini telah “menghangatkan” seluruh warga Amerika dengan
sifat mulianya ini.
Seperti yang diceritakan oleh seorang
pemerhati, Jennifer Foster pada waktu gambar itu diambil suhu udara begitu
dingin sekitar 3 darjah Celcius ketika dia sedang melakukan rondaan di sekitar
pusat membeli belah di Time Square New York. Ketika itu anggota polis ini
melihat seorang gelandangan tanpa sepasang karut...dan kakinya sudah mula
kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Tidak lama kemudian seorang anggota polis
datang sambil membawa bungkusan plastik.
Anggota Polis New York
Lawrence DePrimo dan Jennifer Foster, wanita yang bertanggungjawab merakamkan
saat dia membantu pengemis yang kesejukan di dalam rancangan temubual Today.
Rakaman CCTV kedai kasut
menunjukkan saat anggota polis itu membeli kasut dan stokin untuk pengemis
tersebut.
Seorang pekerja di kedai
kasut tersebut menunjukkan jenis kasut yang dibeli oleh anggota polis kepada
pengemis yang kesejukan.
Jennifer Foster yang tersentuh dengan
peristiwa tersebut segera merakamkan saat yang dianggapnya sangat mengharukan
itu tanpa disedari oleh anggota polis dan pengemis tersebut lalu memuat naik ke
dalam Facebooknya.
New York Times kemudiannya
mengenalpasti bahawa identiti anggota polis tersebut adalah Lawrence DePrimo
berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian polis anti-keganasan. Kebesaran
hatinya apabila menyumbangkan kasut tersebut kepada pengemis itu telah
dijadikan simbol kemanusiaan…
Lawrence ketika ditemubual oleh New
York Daily News menceritakan…"Saya yang sedang memakai kasut pun turut
merasakan kesejukan, apatah lagi jika orang itu tidak memakai kasut."
Lalu saya menghampiri pengemis tersebut
dan menanyakan dimana kasutnya ... lalu pengemis itupun menjawab “Semua
baik-baik saja…saya belum pernah mempunyai kasut....semoga Tuhan memberkati
anda kerana bertanyakan hal ini..."
Lawrence segera bergegas ke kedai kasut
dan membeli stokin bersama kasut but pada harga USD 75 sebelum kemudiannya kembali semula
kepada pengemis tersebut dan menyarungkan sendiri stokin dan kasut itu ke kaki
pengemis tersebut.
Malah dia turut menjemput pengemis itu
utk minum kopi panas tapi menolaknya sambil berkata…"Tuan sudah melakukan
sesuatu yang cukup banyak berbuat diri saya…. semogaTuhan memberkati anda…saya
suka anda..”
- Pulakdah
0 comments:
Post a Comment