Sedarkah bahawa telefon bimbit anda
sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh
anda lakukan, antaranya :
1) Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112. Jika
anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) Kereta Terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta
anda.Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi
seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki
) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan
punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan
mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah
ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta
orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon
bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang
telah mencubanya.
3) Kuasa Bateri Tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit
yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana
ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri
telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis
Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘. Telefon bimbit anda akan
berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang
penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas
semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) Telefon Kena Curi
Bagaimana jika telefon bimbit anda
dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor
siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di
skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri
ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh
hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan
sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah
ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit
tersebut.Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati
kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment