Pekeliling
perkhidmatan ini (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013) bertujuan
melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji
Minimum - Maksimum (JGMM) bagi Gred 1 hingga Gred 54 di bawah Sistem Saraan
Malaysia (SSM).
Seiring
dengan transformasi Perkhidmatan Awam yang memberi penekanan kepada mendayakan
kompetensi dan produktiviti penjawat awam, merekayasa organisasi, merakyatkan
Perkhidmatan Awam dalam keterangkuman memperluaskan jaringan kerja serta
mewujudkan nilai bersama dan integriti, maka Kerajaan mendapati skim-skim
perkhidmatan yang berkuat kuasa dan landasan kemajuan kerjaya pegawai beserta
struktur JGMM di bawah SSM wajar dikaji dan ditambah baik.
Kajian
dan penambahbaikan ini secara keseluruhannya adalah bagi memastikan:
1.
Perolehan modal insan yang menepati keperluan negara dan perkhidmatan melalui
syarat-syarat kelayakan yang diiktiraf dalam melaksanakan skop fungsi tugas
jawatan yang ditetapkan.
2.
Pembentukan kepegawaian yang berkualiti dari segi kemahiran, pengetahuan dan
sikap melalui landasan kerjaya yang terancang.
3.
Penggajian yang berlandaskan prinsip kadar upah mengikut kerja dan kelayakan
yang diperlukan, serta prinsip relativiti dan pariti dalam menarik dan
mengekalkan bakat-bakat terbaik.
Justeru, di atas keperluan-keperluan yang
dijelaskan di perenggan 3, maka Kerajaan bersetuju struktur JGMM bagi Gred 1
hingga Gred 54 di bawah SSM ditambah baik.
Muat Turun: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013
- Portal JPA
2 comments:
Dah baca , tapi tak berapa nak faham..
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.
Diharap bersabar.
Post a Comment