Pencapaian
keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah
yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri
Abd Ghafar Mahmud.
Beliau
berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian
keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).
"Ini
merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun
2010 di mana GNP telah meningkat darpadai 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30
mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang
lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).
"Ini
satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru
dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini,"
katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini Khamis.
Abd
Ghafar berkata seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A
dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun
lalu.
Prestasi
mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Kebangsaan (SK) meningkat iaitu
sebanyak 0.17 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi BM Pemahaman dan 0.03
mata GPMP bagi BM Penulisan berbanding tahun lepas.
Selain
itu, beliau berkata mata pelajaran BM di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) turut
menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.14 mata GPMP (BM Pemahaman) dan 0.19
mata GPMP (BM Penulisan) berbanding tahun lepas.
"Prestasi
yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah menyumbang kepada pencapaian
keseluruhan UPSR yang baik pada tahun ini," katanya.
Bagi
Bahasa Inggeris (BI) di SK, Abd Ghafar berkata prestasi keseluruhan menurun
sebanyak 0.06 mata GPMP berbanding tahun lepas, dengan peratusan calon mendapat
Gred A menurun sebanyak 0.2 peratus, Gred ABC menurun sebanyak 2.9 peratus
manakala Gred D dan Gred E pula meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun
lepas.
Di
SJK, katanya prestasi keseluruhan BI meningkat sebanyak 0.12 mata GPMP dan peratusan
calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C turut meningkat sebanyak 4.2 peratus
dan 2.1 peratus, Gred D meningkat 1.0 peratus dan peratusan calon memperoleh
Gred E menurun sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment