Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) selaras dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PPP yang mengajar subjek Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris serta mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang
menggunakan kelayakan dalam bidang tersebut dalam tugas rasmi layak diberi BISP
berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003.
Berikutan
pemansuhan PPSMI dan pengenalan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM), kerajaan memutuskan supaya pemberian
BISP diberhentikan mulai 1 Januari 2014.
Sebagaimana
yang dinyatakan dalam intri sebelum ini (Cadangan Ganti Bayaran BISP Bagi GuruSains, Matematik dan Bahasa Inggeris); Pada masa ini, kementerian sedang
menimbangkan insentif baharu dan akan dimajukan untuk persetujuan Agensi Pusat.
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
0 comments:
Post a Comment