Usaha
kerajaan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) disambut baik para guru.
Capaian
SPPBS akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka
semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.
Kementerian
Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian memandang berat isu
capaian SPPBS oleh guru-guru ketika mengisi prestasi pelajar bagi tahun ini.
Seorang
guru dari Perak akui sistem SPPBS yang lembap menyumbang kepada bebanan para
guru setiap kali mengisi data pelajar.
“Kami
memang berdepan macam-macam masalah. Lagi-lagi jika pelajar ponteng sekolah
sampai berbulan-bulan atau pelajar dari sekolah agama yang bukan kerajaan
kemudian mendaftar masuk ke sekolah kerajaan.
“Untuk
cikgu yang pegang banyak kelas memang terbeban,” katanya kepada Sinar Harian
Online.
Menurutnya,
masalah ‘server’ yang diperkatakan sejak kebelakangan ini memang berlaku setiap
kali guru mahu memasukkan data
pelajar.
"Masalah
utama saya rasa ‘server’ sebab kita nak bergerak dari satu petak ke petak lain
untuk seorang pelajar pun akan sangkut. Kadang-kadang apabila kita ‘log in’, ia
akan ‘log out’ semula.
“Kalau
masa tengah teruk, seorang pelajar pun kita tak mampu nak masukkan datanya.
Tengah-tengah kita isi markah pun, ia boleh ‘log out’ semula dan tak ‘save’ pun
data yang kita isi dari awal.
“Sekarang
ini saya nampak mereka fokus pada sistem yang lembap. Mungkin mereka akan ‘upgrade
server’ di sana, itu saya tak pasti. Yang beban di sekolah ini mereka tak
peduli,” katanya.
Beliau
bagaimana pun tidak menolak bahawa perancangan sistem itu memang bagus namun
gagal dalam pelaksanaan.
“Cakap
tentang perubahan, dah banyak kali mereka buat tapi tak ada kesan yang besar
sangat.
“Dalam
kementerian ini, perancangannya bagus tapi pelaksanaan di bawah yang
bermasalah. Orang bawah tidak bersedia untuk melaksanakan arahan orang atas,”
katanya.
Sementara
itu, seorang lagi guru dari Johor Bahru mengakui berdepan masalah sama ketika
menggunakan sistem tersebut.
“Sistem
sedia ada wajar dipertingkatkan lagi. Mungkin akhir tahun ini guru-guru
serentak mengisi penilaian, sistem semakin bermasalah.
“Apabila
masukkan data pelajar, sampai dua, tiga pagi masih ‘loading’,” katanya.
Beliau
mengharapkan penambahbaikan itu bakal menyelesaikan masalah sedia ada.
“(Kementerian
mahu memastikan sistem itu lebih efisien) itu yang kita harapkan. Kalau boleh
tak ada masalah.
“Sebab
ia berpanjangan. Setiap bulan perlu masukkan data pelajar, jadi, saya harap
selepas ini ia lebih baik dan berkesan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment