Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani. Berikut
adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik
sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi
dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka
ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah
(dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia
lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan seorang yang
berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui
dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu
lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan orang kafir, maka
katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya
dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia
diriku kufur dan berbuat buruk”.
InshaALLAH.
0 comments:
Post a Comment