Kerajaan
menimbang memberikan insentif baru kepada guru mata pelajaran Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
(BISP) mulai 1 Januari tahun depan.
Mengikut
Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003 (SPP KPM 3/2003), yang
ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad,
cadangan insentif baru itu akan dimajukan bagi persetujuan agensi pusat.
Pembayaran Sehingga Akhir
Tahun
“Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima BISP akan terus menerima pembayaran
itu sehingga akhir tahun 2013,” katanya dalam pekeliling terbaru kementerian
itu.
Madinah
berkata, kelulusan pembayaran BISP hendaklah dilakukan sebelum tarikh penutupan
akaun pada akhir 2013 dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai kerajaan.
Katanya,
tuntutan BISP yang diterima selepas 1 Januari 2014 tidak akan pertimbangkan.
Sementara
itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan
berkata, jumlah elaun BISP berdasarkan kelayakan dan gred gaji PPP.
PPP
bukan siswazah menerima 10 peratus daripada gaji bersih, manakala siswazah lima
peratus daripada gaji bersih.
Dasar
PPSMI dimansuhkan mulai 2010 dan digantikan dengan dasar baru iaitu Memartabat
Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) melalui keputusan
mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.
Gesa Teruskan Elaun BISP
Ketika
ditanya langkah kementerian itu, Hashim berkata, pembayaran elaun BISP patut
diteruskan kerana masih ada guru Tingkatan Enam yang perlu mengajar Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
“Sekiranya
kerajaan mahu menggantikan BISP kepada insentif lain, kita harap ia lebih baik
berbanding yang terdahulu. Bagaimanapun, kita masih berharap pembayaran elaun
seumpama BISP diteruskan kepada guru yang terbabit,” katanya, semalam.
Kerajaan
memperkenalkan BISP di bawah PPSMI mulai 2003 berdasarkan keputusan Kabinet 29
Mei 2002.
Layak Dipertimbang
Bagi
menyokong pelaksanaan dasar itu, PPP yang mengajar mata pelajaran Sains atau
Matematik dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP
yang menggunakan kelayakan dalam tugas rasmi, layak dipertimbangkan BISP
berdasarkan SPP KPM 3/2003.
1 comments:
SURAT SIARAN PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN
Post a Comment