Alhamdulillah,
pencapaian UPSR 2013 telah pun keluar. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya
sama ada memperolehi pangkat A atau lulus dalam mata pelajaran yang diambil.
Kepada murid-murid yang gagal, jangan putus asa, perjuangan anda masih jauh.
Kumpulkan semangat dan iltizam, kejayaan anda masih menanti dikala berada di
peringkat sekolah menengah nanti.
Sebagai
seorang guru, saya pernah mengajar mata pelajaran UPSR dibeberapa buah sekolah.
Alhamdulillah sepanjang dimana-mana pun sekolah saya mengajar, sama ada
diletakkan mengajar di kelas belakang atau hadapan, pencapaian murid-murid yang
saya ajar memperolehi keputusan yang memberangsangkan.
Manakala
di SK Undang, iaitu mula bertugas tahun 2011 saya diberi tugasan mengajar mata
pelajaran Matematik di kelas belakang tetapi pencapaiannya tetap memuaskan.
Dari pencaipaian 8% lulus diakhir Tahun 5 (2010), murid saya memperolehi 76%
lulus Matematik UPSR pada tahun tersebut.
Analisa Keputusan UPSR Tahun 2011
(Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas)
Begitulah
juga ditahun berikutnya, iaitu tahun 2012 murid kelas yang diajar (6 Ibnu
Majah) juga menunjukkan keputusan yang baik. Seterusnya di tahun 2013 ini, saya
ditugaskan mengajar di kelas hadapan, setelah guru Matematik Tahun 6 Ibnu Sina
(Kelas hadapan) menyatakan hasrat untuk tidak mahu mengajar lagi di Tahun 6.
Walau
pun dengan keterbatasan waktu yang saya hadapi kerana mengikuti kursus NPQEL,
beberapa perancangan telah saya buat, seperti menyediakan bahan latihan
sepanjang peninggalan saya berkursus dan juga pendaftaran online melalui portal
zoom-A. Alhamdulillah, keputusan yang keluar pada tahun ini amat menggembirakan
kerana memperolehi 100% lulus dan dapat meningkatkan pencapaian A dalam mata
pelajaran Matematik.
Analisa
Keputusan UPSR Kelas 6 Ibnu Majah Tahun 2012
(Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas)
Analisa
Keputusan UPSR Kelas 6 Ibnu Sina Tahun 2013
(Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas)
Tahniah
buat murid-muridku.
0 comments:
Post a Comment