Rasional:
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan
mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia
yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’
itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang
beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga
diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua
bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan
roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran
dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua
peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup
‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan
pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat
pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud
profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan
kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan
membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk
oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk
Malaysia).
Muat
Turun: Logo Baharu KPM
-
Portal KPM
1 comments:
Sila klik tajuk/link di bawah bagi melihat garis panduan penggunaan logo KPM.
Garis Panduan Penggunaan Logo Kementerian Pendidikan Malaysia
Post a Comment