Buku-buku latihan yang ku hasilkan percuma untuk
pelajar-pelajarku dengan niat untuk kecemerlangan berbanding buku-buku dipasaran
yang dihasil untuk mendapat keuntungan wang. Insyaallah bahan ini akan dikongsi
bersama diblog ini dimasa yang sesuai.
Hari ini Khamis 26 Julai 2011 - Saya
diminta membantu pihak pentadbiran sekolah mengisi data berkaitan guru di
sekolah memandangkan data bagi program tersebut masih tidak disiapkan oleh
pihak yang dipertanggungjawabkan.
Di sini bukan isu tugas tersebut yang
saya ingin luahkan, walaupun ianya bukan tugas saya tapi atas rasa simpati dan
diminta tolong saya tidak keberatan sebab banyak tugas-tugas lain sebelum ini,
bila berkaitan dengan komputer/ICT telah saya bantu.
Maka dalam menyiapkan tugas tersebut,
saya dibenarkan melihat maklumat berkaitan prestasi bagi semua kakitangan yang
dikehendaki. Di sinilah timbul situasi yang sedikit mengugat perasaanku.
Untuk pengetahuan semua, pada tahun
lepas 2011, saya telah diberi tanggungjawab mengurus hal-hal berkaitan
kurikulum seperti berikut dan bidang tugas lain lagi yang tidak dinyatakan di
sini:
- Menyiapkan
data e-pantau (data markah bagi setiap kali peperiksaan dijalankan untuk kutipan PPD)
- Mengurus
program SPPBS (Sistem Pengurusan Peperiksaan Berasaskan Sekolah-KPM)
- Mengurus
SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah-KPM)
- Setiausaha
Kurikulum Sekolah.
- Setiusaha
Panitia Matematik.
- Guru Mata
Pelajaran UPSR Tahun 6.
Alhamdulillah saya dapat menyiapkan
tugasan dengan baik, sempurna dan tepat mengikut masa, malah pencapaian mata
pelajaran UPSR yang diajar juga memberangsangkan. Tapi yang mendukacitakan
ialah tentang markah prestasi yang memang tidak memuaskan berbanding markah
prestasiku tahun sebelumnya (2010 -pada masa itu saya bertugas di sekolah lain
sebelum bertukar ke sini). Malah bila dibuat perbandingan dengan guru-guru lain
yang tidak banyak dibebankan tugasan, ada yang tidak mengajar pun Kelas UPSR
dan ada juga yang mengajar kelas UPSR tapi pencapaiannya merosot berbanding
subjek yang saya mengajar (saya yang membuat analisis markah pelajar tahun tersebut) tapi prestasi mereka lebih tinggi.
Subhanallah.
Di sini juga bukan isu APC (Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang) yang hendak diluahkan, berilah kepada siapa yang
difikir layak mengikut “angin” pentadbir tapi nilailah (beri markah) secara
telus dan adil sebab saya perlu bersaing untuk memohon jawatan naik pangkat
tapi jika markah prestasi yang rendah, sudah tentu ia menyekat peluang, kebolehan dan kreativiti untuk saya tonjolkan. Maka lahirlah pentadbir
yang kurang berkebolehan atau tiada kreativiti dalam mengurus sekolah kerana
pemarkahan prestasi (80%) adalah markah keseluruhan dari aspek lain yang
dinilai.
Ingatlah insan-insan yang diamanahkan
tugas sebagai penilai, nilailah dengan ikhlas tanpa ada diskriminasi, pilih
kasih, mengikut emosi atau rasa hati kerana sesungguhnya kerja buat kita juga
akan dinilai oleh Allah s.w.t jua. Mungkin sebagai penilai kita berasa puas
hati atas sedikit kuasa yang kita ada, maka kita boleh saja mengangkat siapa
saja yang kita suka tanpa penilaian yang telus. Sesungguhnya untuk mendapat
redha Allah, carilah redha sesama manusia terlebih dahulu. Semoga kerja buat kita
tidak banyak dipersoalkan oleh orang bawahan kita di dunia ini, seterusnya
dipersoalkan di akhirat nanti. Masyaallah.
0 comments:
Post a Comment