Saya telah meninjau laman SAPS (Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah), di dalam laman tersebut tercatat pengumuman
penting dimana tertulis “20/07/2012 Pengisian markah untuk Percubaan UPSR telah dibuka. Tarikh akhir
memasukkan data adalah pada Jumaat 10/08/2012.”
Merujuk pengumuman tersebut, yang
menjadi isu di sini adalah tarikh buka pengisian markah bagi Peperiksaan
Percubaan UPSR adalah 20/07/2012
dan tarikh tutupnya pula adalah 10/08/2012, sedangkan Peperiksaan Percubaan
UPSR bagi negeri Terengganu masih belum dijalankan lagi.
Tarikh Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 bagi
negeri Terengganu seperti surat yang diemelkan adalah bermula 07/08/2012 hingga
09/08/2012 (rujuk gambar keratan emel dibawah). Maka untuk pengisian markah
atau untuk tidak ketinggalan bagi pengisian markah Percubaan UPSR di dalam SAPS,
saya telah dimaklumkan oleh Penyelaras UPSR Sekolah yang mendapat arahan lisan sahaja
semasa menghadiri Program Pelaporan OTI3-Pra Percubaan bertempat BTPN
Terengganu pada 26 Julai 2012 baru-baru ini supaya mengambil markah Pra
Percubaan untuk diisi sebagai markah Percubaan UPSR dalam SAPS tersebut!
Tarikh Peperiksaan Percubaan UPSR bagi negeri Terengganu
(klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Justeru itu, cuba
kita bayangkan jika ibu bapa yang prihatin menyemak di bahagian SEMAKAN IBU
BAPA dalam SAPS, sudah pasti markah bagi Peperiksaan Percubaan UPSR tidak
menepati markah sebenar yang diperolehi oleh anak-anak mereka di dalam
Peperiksaan Percubaan UPSR sebenar. Tidakkah situasi ini boleh dijadikan isu
oleh ibu bapa berkaitan kerja buat kita?
Ibu bapa boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak
mereka di sini setelah siap dibuat pengesahan oleh pihak berkenaan (klik pada gambar untuk ke laman SAPS)
Di sini, saya tidak mahu menyentuh cara
kerja pihak berkenaan di peringkat JPNT tetapi saya berharap dan mencadangkan pihak
berkenaan boleh menyesuaikan atau menyusun semula tarikh peperiksaan tersebut
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya pengisian SAPS bagi
negeri Terengganu berjalan selaras dengan jadual yang ditetapkan oleh KPM atau
pihak yang mengendalikan SAPS.
0 comments:
Post a Comment