YOGYAKARTA,
5 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan
Australia terutama dalam program pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua
Katanya,
kerjasama itu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar dalam
bahasa Inggeris, malah lebih penting ialah meningkatkan kelancaran penguasaan
guru-guru bahasa Inggeris sedia ada.
"Selain
menambah guru, kita juga akan mengambil pakar-pakar bahasa Inggeris dari
Australia atau menghantar guru-guru kita ke sana untuk menjalani latihan.
"Semua
ini akan kita teroka dan belum diputuskan lagi," kata Muhyiddin kepada
wartawan Malaysia di akhir mesyuarat pertama forum Sidang Kemuncak Asia Timur
(EAS) peringkat Menteri Pelajaran di sini, pada Khamis.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengadakan pertemuan bilateral dengan
Menteri Pendidikan Tinggi Australia Christopher Evans di luar mesyuarat EAS
peringkat Menteri Pelajaran di sini.
Guru-guru
bahasa Inggeris di seluruh negara kini berjumlah 60,000 orang yang ditempatkan
dalam sistem persekolahan peringkat rendah dan menengah.
Timbalan
Perdana Menteri berkata program kerjasama pembelajaran bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua antara Malaysia dan Australia merupakan kesinambungan kerjasama
dalam beberapa program lain sebelum ini.
Kerjasama
pendidikan dengan Australia meliputi usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan, ketrampilan perguruan dan kepimpinan para pendidik.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment