PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian
Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang
akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit
dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr.
Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang
mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan
telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta
mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah
beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak
mereka," katanya.
- UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment