HULU
TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Seramai 70 murid Tahun Tiga di negeri ini
dikesan menghadapi masalah pembelajaran atau literasi numerasi (Linus Tegar).
Sejumlah
38 daripadanya gagal dalam ujian Linus Saringan Enam manakala selebihnya masih
belum menjalani ujian oleh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan negeri.
Ketua
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ngah
Bidin berkata kesemua murid yang gagal itu dikenalpasti mempunyai ciri-ciri
murid berkeperluan khas sekaligus bakal ditempatkan di kelas pemulihan.
Menurutnya,
jika dilihat pada jumlah murid tahun tiga di negeri ini seramai kira-kira
25,000, maka 70 orang itu bukan jumlah yang besar dan pihak sekolah akan
berusaha memulihkan semua pelajar tersebut.
"Ianya
sejajar dengan sasaran yang kita buat iaitu menjelang tahun 2013 nanti,
Terengganu akan mencapai status sifar 'linus tegar' sejajar dengan NKRA (Bidang
Keberhasilan Utama Negara) yang ditetapkan oleh pihak kementerian,"
katanya.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment