Untuk cemerlang dalam pelajaran, bukan
saja memerlukan ketekunan mengulang kaji malah pengurusan masa yang betul.
Pengurusan masa yang baik adalah antara
langkah awal boleh dipraktikkan bagi mendidik pelajar menjadi lebih berdisiplin,
fokus dan bijak merencana masa depan.
Berikut antara panduan pengurusan masa yang boleh dikongsi bersama:
1. Buat
Perancangan
Buatlah perencanaan jadual waktu kerja
atau mengulang kaji seharian supaya tidak akan kelam kabut sekali gus merugikan
masa sedia ada.
2. Tumpukan
Perhatian
Jangan terlalu kecoh melakukan pelbagai
hal sekali gus kerana jumlah waktu yang digunakan untuk sesuatu projek tidak
penting sebaliknya tahu menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
3. Ambillah
Waktu Untuk Rehat
Mengulang kaji atau bekerja dalam
tempoh lama tanpa rehat bukan penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin
menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin
terkumpul.
4. Jauhkan
Suasana Berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja
tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak kerana berasa dengan cara itu
persoalan penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas.
Keadaan berkecamuk seperti ini
mengganggu tumpuan, meningkatkan ketegangan dan prestasi.
5. Jangan
Ingin Menjadi Serba Sempurna
Memaksa diri untuk menjadi serba
sempurna bukan langkah baik kerana ia bukan saja akan menimbulkan ketegangan
minda malah menjadikan diri semakin tertekan. Terimalah segala kekurangan dan
kelebihan diri seadanya.
6. Jangan
Takut Mengatakan Tidak
Belajarlah menolak dengan menggunakan
kebijaksanaan tapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak membantu
pencapaian sasaran.
7. Jangan
Menangguhkan Kerja
Penangguhan
kerja memungkinkan segala perancangan gagal dilaksanakan tepat pada waktunya
hingga menyebabkan anda semakin tertekan.
0 comments:
Post a Comment