Antara amalan-amalan yang mengalami
tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam
yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan
oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan
kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika
tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka
telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di
sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul
urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa
bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi
makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin
negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik
di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak
berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang
dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan
kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan
dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat
rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat
banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik
nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku
bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati
perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji,
kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila
balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya
ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau
anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun
banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang
pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari
Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya
lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah
tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap
diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid)
tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak
malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar
rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau
duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik
ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
SubhanAllah.
0 comments:
Post a Comment