BUKIT
MERTAJAM, 17 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad
Zarkashi berkata urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program
pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.
Beliau
berkata pada 23 Mei lepas Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan
pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya
menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Penangguhan
selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu daripada sebab ramai
guru yang tidak mahu mengikuti program pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan
agar perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
"Diharapkan
ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion
perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis
penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau
Pinang di sini hari ini.
Mohd
Puad berkata kerajaan menjangkakan pada tahun 2020 semua guru di seluruh negara
mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru
mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment