Segala puji bagi Allah. Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a,w, guru yang paling baik dan
penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.
Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai
kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Oleh itu, setiap orang
daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga
hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?
Bagi menjawab soalan ini, kita
mendengar banyak jawapan yang dikemukakan. Tetapi seorang muslim mempunyai
jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:
- Saya mahu cemerlang kerana Allah: Allah s.w.t berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.
- Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya.
- Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.
- Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas mempelajari dan mendalami dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR pada 10 hingga 12 September 2013, setelah berusaha dan berdoa, segalanya terserah kepada Qadar
dan Qadha Allah s.w.t. Semoga kejayaan bersama kalian. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment