Sejumlah
24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan
14 sekolah rendah dan sepuluh sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun
ini.
Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pertambahan itu menjadikan
jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115.
"Sehubungan
itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT
setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta
melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT
di sini Rabu.
Beliau
berkata pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima
peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua
dan RM300,000 tahun ketiga.
Senarai
kali ini katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)
Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan
sebagai SBT.
Sekolah-sekolah
lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM)
Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya
Presint 11 (1), Putrajaya.
SK
Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains
Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green
Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di
Pulau Pinang.
SK
Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA)
Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit
Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur.
Menurut
Idris lagi, kementerian sangat berpuas hati dengan pelaksanaan dan pencapaian
cemerlang 91 SBT terdahulu yang telah diiktiraf pada tahun 2010, sehubungan itu
kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan SBT sehingga
2015.
Selain
itu katanya, dalam usaha merapatkan jurang antara sekolah, SBT perlu menjadi
aspirasi dan rujukan kepada sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke
tahap yang lebih tinggi melalui penanda aras, bimbingan dan jaringan dengan
SBT.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment