Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di
sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada
tugas mengajar di bilih darjah.
Bagaimanapun,
beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke
semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan
mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.
"Pelaksanaannya
ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.
"Sistem
baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya,"
katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.
Tambah
beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan tidak lagi
berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran, sebaliknya ia berasaskan
kepada penilaian pelajar itu sendiri.
Katanya,
ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada
Program Transformasi Pendidikan negara.
“Guru
akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian
direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan semata-mata sahaja.
“Keadaan
bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita
boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia,” katanya
sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu merupakan profesional mulia dan
murni kerana berupaya mendidik masyarakat ke arah lebih baik.
-
Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment