Guru
Bahasa Inggeris perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kaedah
pengajaran mereka dan bukan hanya bergantung semata-mata kepada program
Kementerian Pendidikan.
Timbalan
Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, inisiatif itu boleh jadi
dalam bentuk menghadiri kelas, persidangan malah bertukar-tukar pengalaman
sesama kelompok mereka.
"Salah
satu bentuk pembangunan profesionalisme ialah guru itu berusaha sendiri untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui kelas tuisyen dan sebagainya.
“Sebagai
contoh semasa saya jadi guru besar, bila dapat tahu Bahasa Inggeris akan jadi
bahasa yang digunakan, guru Bahasa Inggeris ambil inisiatif mengajar guru-guru
lain. Itu sepatutnya kita lakukan begitu. Jangan hanya berharap pada
kementerian semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Bahasa Inggeris Negeri Johor kali ke-5, di sini, semalam.
Persidangan
itu dihadiri 200 guru sekolah Bahasa Inggeris dari sekolah rendah dan menengah
dari Johor serta Tawau, Sabah.
Mary
berkata, persidangan tiga hari itu merupakan medan buat guru berkongsi idea dan
pendapat dalam meningkatkan pengajaran Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Menurutnya,
usaha Jabatan Pendidikan Johor menganjurkan persidangan sedemikian patut
dicontohi Jabatan Pendidikan di negeri-negeri lain.
“Ini
penting kerana apabila hanya membaca dari buku teks sahaja, ia hanya konsep dan
teori. “Tapi di sini kita boleh berkongsi pengalaman dan idea bersama guru-guru
dan pensyarah lain,” katanya.
-
Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment