
Usaha
kerajaan negeri Terengganu memperkenal penggunaan e-Book di kalangan pelajar
sekolah rendah menampakkan kejayaan dengan sesetengah sekolah menunjukkan
perkembangan akademik memberangsangkan.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri
Ghazali Taib berkata sebagai contoh kejayaan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK)
Paya Bunga di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas
apabila melaksanakan sistem kelas maya secara optimum.
"Apa
yang kita lihat, penggunaan e-Book walaupun tidak capai tahap 100 peratus,
tetapi ada kemajuan dari segi penggunaan ICT.
"Projek
e-Book...

Suatu
hari Hasan al-Basri menyuruh murid-muridnya untuk membantu hajat seseorang.
Beliau berkata: "Ajak sekali Thabit al-Bunani bersama kalian."
Apabila
Thabit didatangi, beliau tidak dapat pergi bersama kerana tengah beriktikaf.
Hasan
berkata: "Tidakkah engkau tahu bahawa membantu hajat seorang Muslim lebih
baik daripada melakukan haji sunat?"
Thabit
lalu meninggalkan iktikafnya dan turut serta bersama mereka.
Antara Sunat Dan Fardu
Seringkali
kita tidak menyedari adanya tangga keutamaan dalam ibadat. Kita beribadat
berasaskan selera sendiri sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih baik. Jika
benar ibadat kita kerana...

Profesion
keguruan perlu diberi pengiktirafan dan dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi
bagi menjadikannya kerjaya rebutan setanding bidang profesional kritikal
seperti doktor.
Felo
Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Hussein Ahmad,
berkata usaha itu perlu bagi memastikan profesion itu mampu menarik penyertaan
lebih ramai lulusan cemerlang.
Beliau
berkata, antara langkah ialah menawarkan gaji lebih tinggi setimpal beban
tugas, selain menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi serta
berkesan dengan...

Isu
mengenai kredibiliti guru tidak pernah selesai walaupun pelbagai usaha
dilakukan bagi memperkukuh dan meninggikan taraf guru pada alaf baru.
Antara
pertikaian yang sering dipersoalkan ialah sejauh mana kemampuan golongan itu
menjalankan tanggungjawab serta tekanan dunia pekerjaan yang semakin
meningkat.
Biarpun
banyak pembaharuan dibuat bagi menangani masalah ‘kelemahan’ guru terutama guru
baru, banyak kepincangan yang menyebabkan golongan itu mendapat kritikan.
Persoalannya,
apakah kualiti guru baru yang dihasilkan hari ini masih rendah dan jauh
daripada piawaian ditetapkan, sekali gus menunjukkan kegagalan institusi
menyediakan...

Manusia itu kalau kita kaji, nilai,
analisa, di segi fiziknya tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kerana pada
fizikal manusia itu, ada dua perkara yang negatif;
Pertama: Kelemahan
Kelemahan yang kita maksudkan di sini
ialah tubuh atau badan kasarnya tidak ada ketahanan. Ia mudah terdedah kepada
bermacam-macam penyakit. Mudah diserang oleh demam, mudah ditimpa sakit kepala.
Mudah sakit mata, sakit gigi. Ada penyakit yang lebih berat lagi seperti sakit
jantung, darah tinggi, kencing manis, barah, strok atau angin ahmar dan
lain-lain.
Selain itu ketahanan badannya sangat
lemah dibandingkan jiwanya. Kalau terantuk, mudah saja...

Sejumlah
24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan
14 sekolah rendah dan sepuluh sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun
ini.
Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pertambahan itu menjadikan
jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115.
"Sehubungan
itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT
setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta
melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT
di sini Rabu.
Beliau
berkata pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan...

Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai
2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan
oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat
pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan
ini bermakna sesiapa pun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di
sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL.
Maklumat
terkini dari IAB juga memaklumkan bahawa semua pengetua dan guru besar lantikan
2013 juga diwajibkan mempunyai...

Guru
Bahasa Inggeris perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kaedah
pengajaran mereka dan bukan hanya bergantung semata-mata kepada program
Kementerian Pendidikan.
Timbalan
Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, inisiatif itu boleh jadi
dalam bentuk menghadiri kelas, persidangan malah bertukar-tukar pengalaman
sesama kelompok mereka.
"Salah
satu bentuk pembangunan profesionalisme ialah guru itu berusaha sendiri untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui kelas tuisyen dan sebagainya.
“Sebagai
contoh semasa saya jadi guru besar, bila dapat tahu Bahasa Inggeris akan jadi
bahasa yang digunakan,...

Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) yakin dapat mengembalikan status negeri
terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Pengarahnya
Zakaria Husin berkata keyakinan itu berlandaskan komitmen dan persediaan mantap
yang dijalankan sebelum calon menduduki peperiksaan itu yang bermula Selasa.
"Kita
mensasarkan 20 peratus daripada keseluruhan calon iaitu 22,359 orang mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.
"Sebelum
ini, kita merupakan negeri yang mencapai keputusan UPSR paling cemerlang selama
11 tahun berturut-turut, namun tahun lepas kita terpaksa akur dengan negeri
Kelantan yang mendahului...

Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di
sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada
tugas mengajar di bilih darjah.
Bagaimanapun,
beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke
semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan
mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.
"Pelaksanaannya
ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.
"Sistem
baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki,...

Segala puji bagi Allah. Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a,w, guru yang paling baik dan
penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.
Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai
kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Oleh itu, setiap orang
daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga
hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?
Bagi menjawab soalan ini, kita
mendengar banyak jawapan yang dikemukakan. Tetapi seorang muslim mempunyai
jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:
Saya mahu
cemerlang kerana Allah: Allah s.w.t berfirman...

Klik Pada Gambar-Gambar Yang Dipos Di Atas
Untuk Kelihatan Lebih Jelas
Gambar broshur
PPPM boleh dimuat turun dengan mengklik tajuk di bawah:
Broshur PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
- Kementerian
Pelajaran Malaysia
...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.