PUTRAJAYA:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas
pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana
Menteri berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau
berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah
dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri
Pelajaran.
"Itulah
pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas
yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik," katanya pada
majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam Khamis.
Turut
hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri
Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul
Ghafar Mahmud.
Pada
majlis itu Najib turut mengumumkan pemberian peruntukan khas sebanyak RM1 juta
untuk sekolah tersebut.
Najib
berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka
menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta
pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Perdana
Menteri berkata usaha itu juga selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
"Kita
perlu memahami bahawa persaingan dalam abad ke-21 menuntut kepada kita untuk
berjaya ketengahkan idea-idea lebih unggul, kerana sesiapa yang mempunyai idea
lebih unggul maka mampu mengatasi negara lain," katanya.
-
BERNAMA
2 comments:
Isu lama yang tak selesai. Kali ini kita lihat berapa lama pula yang dikatakan perhatian segera itu.Sepatutnya bukan perhatian segera tapi tindakan segera!
Kesian para guru...siang bertugas dengan pelbagai tugas yang tak sepatutnya ada dalam senarai tugas seorang pendidik, sebelah malam pula menyiapkan persediaan untuk hari pengajaran keesokannya...
Post a Comment