Sistem pendidikan di Malaysia melalui
aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025 (PPPM)
memerlukan mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher
Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan
pembelajaran Abad ke-21.
Kemahiran berfikir aras tinggi
memerlukan murid mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran
baru.
Ledakan teknologi maklumat telah
mengubah landskap pendidikan di peringkat global apabila guru bukan lagi
pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi
fasilitator di sisi murid.
Maklumat dapat dicapai oleh murid
melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian atau dengan kata
lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran.
Dalam hal ini murid harus mampu
menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka
terima.
Penggunaan minda secara meluas berlaku
apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko dan
Newmann, 1994).
Perluasan maklumat yang sedia ada dalam
minda adalah bertujuan menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi (Zevin, 1995).
Di Malaysia konsep Pemikiran Aras
Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan soalan-soalan yang bercirikan HOTS
diselitkan dalam peperiksaan.
Walau bagaimanapun pelbagai strategi
harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman konsep ini.
Oleh itu satu reka bentuk strategi yang
mampu memudahkan guru dan murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan
pengajaran diperlukan.
Dalam konteks ini Pakar Motivasi dan
Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Dr. Ismail Zain dalam penyelidikannya telah
berjaya menghasilkan reka bentuk strategi untuk dijadikan panduan kepada guru
dan murid bagaimana memupuk kemahiran aras tinggi di kalangan mereka.
Malah, lebih membanggakan reka bentuk
strategi itu diterima untuk pembentangan dalam beberapa siri persidangan
akademik di peringkat antarabangsa seperti di Itali dan di Paris, Perancis
anjuran International Journal of Arts and Science (IJAS) yang berpusat di
Amerika Syarikat.
Reka bentuk strategi ini juga dimuatkan
dalam Jurnal antarabangsa iaitu dalam The Macrotheme Review: A
multidisciplinary journal of global macro trends. Dalam siri keluaran khas The
Macrotheme Review 2(2), Spring 2013 Special Issue On Education And Training.
- Utusan
0 comments:
Post a Comment